pada minggu lepas, aku baru saja menukar chamber dan set aligment tayar kereta.. semasa foremen sedang membuat kerja-kerja mereka, aku pun melilau melihat harga tayar untuk kereta aku..
kemudian, aku terpandang la harga tayar kereta kancil dengan harga tayar kereta lain.. sama! aku pun sembang-sembang dengan tokey kedai tu, tanya la beliau, kenapa harga tayar kancil dengan tayar lain sama, padahal kecil je tayarnya.. lalu tokey itu terus menjawab,
"aku bukan suka-suka letak harga, aku ikut harga suplier la"
aku pun bincang lagi, sepatutnya, kerajaan perlu tetapkan satu harga bagi barang-barang aksesori kereta ni.. ini kerana, agak tidak adil apabila pemandu kereta kancil terpaksa membayar harga yang sama (mungkin hampir-hampir sama mengikut kawasan).. sepatutnya perlu ada subsidi bagi tayar.. sebagai contoh, tayar bagi 15 inci ke bawah perlu diberi subsidi sebanyak 5% dari harga asal.. contoh je..
tayar kancil |
tayar tak kancil haha |
iya la kan, nanti orang cakap aku ni hanya mengharapkan subsidi kerajaan je.. tapi, jika difikirkan balik, logikkah seorang kaya memandu kancil? atau seorang kaya memandu iswara? kurang logik..jadi, kalau lah diberi subsidi bagi mana-mana aksesori kereta kelas-hanya-mampu-milik ni, maka aku dan orang lain akan bersyukur dengan nikmat ini..
apa pun, ini hanya pendapat.. terima kasih kerana sudi membaca
3 comments:
tayar je kot. 5 tahun pakai belum tentu tukar lagi. haha baik x yah
cadangan semata-mata.. hahaha...
aahhh..betul tu..bulan lepas beli tayar kancil utk adik, kedai si A lain harga, kedai si B lain harga pulak..pelikkk
Post a Comment