as my followers
sila tekan dua atau tiga kali sehari
Monday, March 11, 2013
nilai hantaran kahwin anak di tangan siapa?
___________________________________________________
...maka berbincang lah si bapa dan si ibu di ruang tamu.
Ibu: Untung lah kan bang kita, dapat menantu yang senang-senang. Tak lah susah si Rosmih nanti.
Bapa: Alhamdulillah la, rezeki tuhan beri. Dah jodoh mereka.
Ibu: Bukan calang-calang orang tahu menantu kita ni, jurutera Petrunis tu!
Bapa: Harap-harap mampu lah dia jaga anak kita tu.
Ibu: Hurm, agak-agak la berapa la nak letak hantaran yer bang?
Bapa: Sederhana cukup lah. Baru berkat nanti. Tak gitu?
Ibu: Mana boleh main sederhana-sederhana gitu bang. Kena la ada nilai sepadan, anak kita tu dah la lawa, cantik, cute dan sebagaiya. Ramai lagi yang berkenan!
Bapa: Nabi dah pesan, bersederhana dalam hidup. tak payah lah letak mahal-mahal, tahu lah nanti kami bincangkan.
Ibu: (Kami?) ...
****
...maka tibalah rombangan lelaki datang merisik mengikut adat melayu dan bertawar-tawaran mengenai hantaran
Mereka pun bercerita tentang diri masing-masing, tentang anaknya dan sebagainya. Sampai satu masa, pihak rombongan mula berkias tentang wang hantaran.
Bapa: Kalau ikutkan saya, saya tidak kisah sangat akan hal hantaran. sSederhana tetapi biarlah sepadan dengan bunganya (pengantin perempuan)
Wakil Lelaki: Alhamdulillah. Saya faham. Nabi pun kata "Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.".
Bapa: Kalau macam tu, saudara letakkan satu nilaian, mungkin boleh kita bincangkan.
Wakil Lelaki: Kalau diikutkan dengan keadaan sekarang, kami rasa yang terbaik untuk nilai hantaran ni kira-kira RM3000. Macam mana?
Bapa: Emm, kalau kami letak RM4000 setuju?
Wakil Lelaki: (Pandang ke kiri, kanan melihat ahli keluarga). Setuju, kami setuju!
Bapa: Okey, kalau macam tu kami pun..
Tiba-tiba Ibu mencelah perbincangan tadi.
Ibu: Saya rasa mungkin nilai tu terlalu rendah untuk anak kami. Anak kami ni cantik, menawan tertawan kau memang da bomb!. Ramai yang berkenan. saya ingat kalau RM12345 macam okay bagi saya. Nombor pun cantik. Saya rasa dengan gaji Najub yang tinggi, tak jadi masalah kan.
****
_________________________________________________
Pesan Rasulullah s.a.w.
"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
Monday, May 30, 2011
utusan ajar aku menipu
| dengan henpon yang canggih ini, aku diajar menipu |
Wednesday, May 18, 2011
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air panas/SUAM selepas makan.
![]() |
| ais, pembunuh dalam senyap |
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Saturday, March 26, 2011
kebaikan Earth Hour 2011
Sertailah Earth Hour 2011 dengan memadamkan lampu rumah anda pada 26 Mac 2011 ni dari 8.30 sehingga 9.30 malam.Earth Hour merupakan salah satu kempen anjuran World Wildlife Fund(WWF) untuk mengurangkan isu pemanasan global berikutan suhu dunia yang makin meningkat.Kempen tersebut disertai oleh 128 buah negara yang lain dimana lampu di kota-raya terutamanya akan ditutup selama sejam untuk menyokong kempen Earth Hour.
_______________________________________
bila dah gelap, maka macam-macam kejadian berlaku.. sejam tu, di ulangi, sejam... bukan seminit, bukan 2 minit... tapi sejam...
berkeadaan sejam dalam keadaan gelap, aku boleh:
1- pecah masuk rumah orang,
2- curi laptop 2,3 buah rumah,
3- raba anak dara orang
4- dan banyak lagi..
dalam keadaan gelap selama sejam juga, aku boleh:
1- eksiden 3 hingga 4 kali,
2- masuk longkang sampai patah tulang,
3- nak masuk masjid tapi tersilap masuk disko,
4- dan banyak lagi...
Thursday, March 24, 2011
promote sebuah blog bagus: wanitamelayuseksa
hari ini aku nak promote sebuah/seekor.sebiji/sekaki blog yang aku baru godek tadi.. nama blog itu wanitamelayuseksa. .
aku tak tahu kenapa tajuk dia perlu di bubuh melayu tapi, bagi aku, masalah ini memang menular dikalangan melayu jer.. sebab kalau kaum cina,india atau amirika nimbia yang masuk islam, kebanyakkan mereka akan jaga betul-betul aurat mereka.. sebab mereka yang cari.. mereka mencari untuk islam.. berbeza dengan melayu, yang memang dilahirkan islam...
dah2, nanti aku memalut tak tentu pasal... blog ini menceritakan tentang kesalahan berfesyen dalam bertudung.. aku tak tau admin dia lelaki ke perempuan tapi aku nampak dia nampak masalah bertudung yang meragut masyarakat kita sekanrang ni khususnya masyarakat melayu..
selain itu, aku akan buat satu link untuk post dari blog tersebut... yang lain jangan iri hati..
maka dengan ini saya, zalizalu ingin merasmikan majlis promosi blog orang:

[wanitamelayuseksa]
Wednesday, March 23, 2011
haram bagi artis menutup aurat!
![]() |
| sunat.. ada sebahagian kata harus pakai camni |
![]() |
| berdosa! |
![]() |
| haram |
![]() |
| haram! |
![]() |
| haram! |
*semua gambar adalah dari internet tanpa sebarang editing..
Saturday, March 12, 2011
rugi: cerdik, kaya tapi anak sikit
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
![]() |
| anak ramai membawa rezeki |
Tuesday, February 22, 2011
Makan Luar, Minum Dalam..
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorangperempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besarsedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terangjika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perludiingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agartidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
wasalam………………….
Sunday, May 24, 2009
TUTUP AURAT PERLUKAN ALASAN YANG KUKUH?

*Zalizalu ni pown pesan jugak kat diri sendiri…
Yea laa, pasal selalu jugak pkai suar pendek kat bilik..
Kawan-kawan datang, malu rasanya…
^_^
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai artis skang ni, bila ditanya "Bila artis A nak bertudung? Takkan la nak pkai camni selalu?" dan biasanya apa yang mereka ni jawab...
"Emmm, insyaallah kalu saya dah tergerak hati nak pkai tudung saya pkai.. Saya taknak pkai kerana terpaksa... Bila hati ni dah ikhlas saya akan pkai laa.."
Banyak laa korang nak ikhlas…
Sama ada kita ikhlas atau tidak, kita wajib menutup aurat.. kita ni hamba-Nya…
Sebagai contoh laa, ada sorang hamba ni, tuannya menyuruh dia memotong kayu…
Tapi kerana hamba tu tak ikhlas, hamba tu cakap kat tuan dia dengan nada yang halus “Tuan, saya akan potong kayu tu nanti, apabila saya ikhlas…”
Boleh ke macam tu??
kalu macam tu laa, takde guna laaa si tuan ni amik dia jadi hamba, beri makan, beri minum…
Bodohkan orang jawab macam tu?
Sama laa keadaannya seperti sesiapa yang guna perkataan ikhlas untuk melakukan suruhan-Nya.. walaupun mereka ni jawab dengan halus, mereka tetap melawan...
Perkataan insyaallah digunakan sebagai kata harapan yang kononnya bila mereka ikhlas, mereka akan buat…
Tapi sampai bila laaa mereka nak ikhlas? Tunggu sampai masuk kubur agaknya baru mereka nak ikhlas…
Agaknya je laaa… Hahaha ^_^
Lagi jawapan yang selalu zalizalu dapat dengar… “Dosa pahala ni Allah yang tentukan, antara manusia dengan Allah”
Memang lah dosa pahala tu urusan Allah tapi kan dah memang terang tak tutup aurat ni satu dosa..
Nak beri jawapan tu pikir2 kan lah…
Mulut tu kawal sikit….nak cakap tu jangan main tembak je..
Nanti dah habis peluru, mati laaaa… *Peluru skang mahal…*
Hah, dan satu lagi alas an yang zalizalu selalu dengar… “Don’t judge the book by their cover, pakai tudung tapi kalu buat maksiat buat apa??? Skang ni pon ramai je yang pkai tudung buat maksiat.. Yang penting hati ni baik…”
Memang betul yang pkai tudung pon ada yang buat maksiat… Tapi, yang tak pkai tudung???
Kalu laa yang tak pkai tudung buat maksiat, dah dua dosa dia dapat.. tak pkai tudung dan buat maksiat…
Lagi pown ramai yang salah paham tentang makna tutup aurat ni…
Tutup aurat tu bukan laa bermaksud pakai tudung, tutup rambut tapi seluruh pemakaian terutamanya pada bahagian badan.. kalau da pkai tudung tapi pkai baju ketat, tetap tak tutup aurat…
Maknanya, kalu pkai tudung, tapi pkai baju ketat, seluar ketat sampai nampak bentuk badan, bukan tutup aurat namanya… Perempuan2 macam ni laaa yang jadi mangsa mata lelaki
Jadi pasni, ingat2lah wahai manusia terutamanya perempuan…
Bukan bermakna lelaki ni baik atau kuat imannya tapi zalizalu lebih khususkan hal ini kepada perempuan... Ingat lah, kita ni hamba je….
Kalau tuan kita da suruh terpaksa atau tidak,ikut je laaa…
*harga peluru tiada kaitan dalam hal ni*
Hahaha ^_^
*************************************************************************************
Sunday, May 10, 2009
PEREMPUAN, LELAKI DAN…. TEPATI MASA

Assalammualaikum wbt…
Berjumpa lagi kita dalam topic PEREMPUAN, LELAKI DAN …. Pada kali ini zalizalu nak bincangkan satu topic yang mungkin sudah lama menjadi perbincangan namun masih lagi hangat diperkatakan, tepati masa. Ramai berpendapat bahawa perempuan lebih tepati masa berbanding lelaki. Namun masa kini, zaman telah berubah. Adakah perempuan masih lagi sesuai dengan karekter tepati masa?
Jika kita lihat sekarang, sikap lelaki seolah-olah sudah meresap dalam diri wanita. Sehinggakan timbul satu klausa “perempuan sekarang ini sama je dengan lelaki”. Adakah benar dakwaan ini?
Adakah sikap “tidak menepati masa” lelaki, kini sudah sebati dengan perempuan? Untuk itu, zalizalu telah mengatur satu pertemuan bersama beberapa lelaki dan perempuan secara berasingan. Seperti biasa, subjek zalizalu adalah kawan-kawan agak baru dikenali. Jadi agak adil kerana subjek dipilih secara rawak dan pada hari yang berlainan.
Kita teruskan dengan keadaan pertemuan tersebut.
Perempuan
Pertemuan 1
Zalizalu : Salam D. Akak free tak petang ni?
Gadis D : Salam, free je. Kenapa?
Zalizalu : Ingat nak jumpa akak. Nak amik nota dengan awak. Kul 3pm kat wakaf.
Gadis D : Ok, awak tunggu kat sana kul 3pm.
*zalizalu tepat pukul 3pm dan beliau masih lagi tiada.15minit selepas tu, beliau datang dengan muka penat
Zalizalu : Kenapa lewat akak?
Gadis D : Sori, kawan akak guna motor tadi. Lama awak tunggu, sori tau.
Zalizalu : Ok, thanks
Gadis G : My pleasure.
Pertemuan 2
Zalizalu : Salam F. Ko free tak petang ni? Dalam kul 4pm. Aku ingat nak amik note untuk hari ni dengan ko.
Gadis F : Ok, boleh. Kat mana ko nak jumpa?
Zalizalu : Kat kafe boleh? Lgpown aku ada kelas kejap agi.
Gadis F : Ok, boleh, dating cepat skit.
*zalizalu seperti biasa datang tepat tetapi dia masih tiada disana. 4-5 minit kemudian beliau sampai bersama rakan-rakan
Zalizalu : Asal lambat? Kata kul 4pm
Gadis F : 5minit je. Kawan aku ni bersiap lama. Make up
Zalizalu : Ok thanks.
Gadis F : Sama-sama.
Pertemuan 3
Zalizalu : Salam G. Awak gi tak kelas pagi tadi? Saya ingat nak pinjam nota awak yang pagi tadi. Boleh tak?
Gadis G : Salam. Emm boleh. Tapi nak jumpa kat mana? Pukul berapa?
Zalizalu : Kita jumpa kat depan library ok. Kul 3 saya tunggu kat depan library ok.
Gadis G : Ok, depan library tau. Jangan lambat plak.
*zalizalu sampai lebih awal 5 minit untuk merehatkan badan kerana agak jauh dari bilik. 9-10 minit kemudian zalizalu baru melihat kelibat beliau
Zalizalu : Kenapa lambat? Awak lewat 5 minit ni.
Gadis G : Sori-sori, saya makan jap tadi. Maaf yer awak.
Zalizalu : Ok, thanks.
Gadis G : Sama-sama.
Lelaki
Pertemuan 1
Zalizalu : Salam bro.H, saya nak jumpa bro jap kul 4pm nanti. Nak amik briefing untuk assignment yang pagi tadi boleh?
Lelaki H : Boleh, ko ada kat mana? Nak jumpa kat mana?
Zalizalu : Saya tunggu bro kat kedai Photostat ok. Pukul 4pm taw.
Lelaki H : Ok, ko tunggu je aku kat situ kul 4pm.
*tepat kul 4 beliau masih tidak muncul. Dalam 20minit kemudian baru dia muncul.
Zalizalu : Kenapa lambat bro? Kata kul 4pm
Lelaki H : Biasa la, lambat sikit je…
Zalizalu : Ok, thanks.
Pertemuan 2
Zalizalu : Assalamualaikum I, aku nak jumpa ko jap ag bulih tak?? Nak amik notes estimating ngan ko…
Lelaki I : Waalaikummussalam Zalizalu, bulih2…. Bila tu? Kat mana tu? Kat bilik aku boleh??
Zalizalu : Kita jumpa kat kafe la bro… lagipun petang nanti aku ada kelas laaa… kita jumpa kul 1pm arr…
Lelaki I : Ok2, nanti aku datang ok..
*tepat kul 12 beliau dah pun ada disana. Tengah duduk lepak sambil membaca buku..
Zalizalu : Awal datang??
Lelaki I : Nanti kalu datang lewat kan, marah pulak. Lagipun aku tak suka buat orang tunggu.
Zalizalu : Ok, thanks yer..
Lelaki I : my pleasure. Assalamualaikum
Zalizalu : Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Pertemuan 3
Zalizalu : Salam Bro. Apa khabar? Jom kuar nak?
Lelaki J : Salam.. nak kuar kemana tu?
Zalizalu : kita lepak2 kat Danau Kota ke, Mid ke… aku ngah boring nih…
Lelaki J : Ok2, kat mana nak jumpa?
Zalizalu : Kita jumpa kat bus stop Ali. Kul 10 pagi. Nak tak?
Lelaki J : Ok, nanti aku datang....
*tepat kul 10, zalizalu tunggu di bus stop, tp beliau masih tidak kelihatan. Setelah sejam, beliau masih senyap tanpa berita. Hamper 2jam menunggu, zalizalu call beliau dan ternyata beliau masih tidur. Pertemuan hari itu batal
Bagi zalizalu, sukar untuk kita tentukan apakah perempuan atau lelaki yang lebih pentingkan masa. Mungkin kerana responden terlalu kurang. Tetapi daripada apa yang zalizalu kaji daripada pertemuan tadi, dapat zalizalu simpulkan bahawa perempuan masih mementingkan masa berbanding lelaki. Walaupun mereka ini lewat, mereka mempunyai alasan yang kukuh (atau mungkin mereka terpaksa mereka alasan). Make up, makan, teman kawan adalah contoh perkara yang biasa membuatkan mereka lewat atau alasan yang baik untuk mereka membela diri.
Namun, bagi lelaki, lewat itu perkara biasa (mungkin bagi sesetengah orang). Sebagai contoh dalam kes pertama besama Lelaki H, ternyata lewat itu seolah-olah perkara biasa, seolah sudah sebati dengan jiwa lelaki Melayu.dalam kes ke-3 pula, Lelaki J memang kurang cakna akan masa. Sepatutnya beliau perlu “alert” bagi mengelakkan sebarang masalah. Dan bagi Lelaki I, beliau memang menepati masa, sesuai dengan perwatakan alim beliau. Dan memang sukar untuk mencari lelaki seperti ini.
Ada cadangan lain?
******************************************************************************
Wednesday, April 22, 2009
PEREMPUAN, LELAKI DAN…. DUIT
Topic kali ni ialah Duit… bila cakap pasal duit, korang tentu penah pinjam duit kan??>len laaa kalu korang sangat kaya…<
Biasanya lah kan, dengan sapa anda pinjam duit?? Dengan lelaki atau perempuan?? Kalu laa korang nak mintak pinjam duit ni, tentu arrr korang sume btul2 harap dapat pinjam kan…??
Hurm kali ni zalilzalu nak buat sikit perbandingan tentang perbezaan pandangan pompuan dengan lelaki pasal duit simpanan meeka dan apa jawapan mereka bila zalizalu nak pinjam duit dari mereka ini.
Kat bawah ni ada beberapa responden perempuan dan lelaki. Mereka semua ni kawan-kawan zalizalu. Zalizalu pilih mereka ni secara rawak. Sebelum ni zalizalu tak penah pinjam dengan mereka lagi, jadi mereka adalah yang terbaik untuk menjadi responden.
Kita ikuti perbualan ini…
Perempuan:
Dialog 1
Zalizalu : Salam A, aku nak pinjam duit mu ni…. Boleh tak?
Gadis A : Brape mu nak pinjam?? Aku pown sebenarnya takde duit sangat ni…
Zalizalu : Aku ingat nak pinjam laa dalam rm100.. Nak buat makan… Boleh tak?? Nanti 14hb aku bayar balik..
Gadis A : Sori la brader…. Aku pun skang tak cukup duit laa.. Bulan ni duit aku tinggal rm500 je lagi…
Zalizalu : Ok. Thanks…
Dialog 2
Zalizalu : Salam B.. Aku ada hal ni nak mintak tolong ko…
Gadis B : Pe dia??
Zalizalu : Aku nak pinjam duit dengan ko skit… Dalam rm100.. Nak belanja makan sementara ayah aku buat masuk duit.. 14hb ni aku bayar
Gadis B : Alamak, sori laaa wei… Aku tak dapat tolong laaa.. Aku pon takde duit sangat ni.. Minggu ni nak kuar lagi… Nak main boling nak release tensen…
Zalizalu : Ok. Thanks… Selamat main boling…
Dialog 3
Zalizalu : Salam C.. Sori ganggu, saya nak mintak tolong awak ni..
Gadis C : Salam.. Takpe… Tolong apa??
Zalizalu : Saya ingat nak pinjam duit awak skit.. Dalam rm100… Nak buat belanja makan… 14hb ni saya bayo balik…
Gadis C : Saya sebenarnya pon tak berapa banyak duit ni… Nak simpan untuk sem depan plak… sem depan saya ada banyak laa projek… Banyak guna duit… Kalu rm50 boleh laa saya bagi.
Zalizalu : Ok.. Thanks
Lelaki
Dialog 1
Zalizalu : Salam bro A, aku ada hal skit nak cakap dengan ko ni…
Jejaka A : Pe halnya??
Zalizalu : Aku nak pinjam duit laa dengan ko… Boleh tak??
Jejaka A : Berapa tu? Aku pon ada rm300 je ni…
Zalizalu : Aku ingat nak pinjam rm100.. nanti 14hb aku bayar..
Jejaka A : Ok, nanti jumpa aku kat kafe S*****q
Dialog 2
Zalizalu : Salam B, aku ingat nak pinjam duit mu laa… Takde duit laa
Jejaka B : Berapa tu?? Kalu banyak-banyak aku takde arr… Aku pown dah kering ni.. Bpe mu nak?
Zalizalu : Aku ingat nak pinjam rm100… Mu ada berapa rm??
Jejaka B : Aku ada kat tangan rm150… Dalam bank ada ag rm200.. Jumpa kat studio arr
Zalizalu : Ok, thanks.
Zalizalu : Salam C.. Aku ada hal nak bincang ngan mu ni…
Jejaka C : Salam.. Aku pown ada menda(hal) nak cakap ngan mu ni,…Kabo(gtaw) laa..
Zalizalu : Aku nak pinjam duit ngan mu… Dalam rm 100.. 14hb ni aku bayar balik…
Jejaka C : Hahaha, aku baru nak pinjam dengan mu….Aku pown kapet(kering) gak ni..
Zalizalu : Kalu gitu takpe laa….Nati aku try usha dengan orang lain…
Jejaka C : Ok.. Mu try pinjam ngan M*****… Kalu ada lebih aku nak pinjam ngan mu skit..
Zalizalu : Ok.. Thanks
Berdasarkan dialog diatas, kita lihat perempuan lebih susah hendak member pinjam. Kenapa ini berlaku??
Atas dasar apa mereka “berperangai’ begitu?. Selain itu, zalizalu perasan bagaimana dan dalam keadaan apa perempuan mengatakan mereka tidak berduit. Sebagai contoh, Gadis A berpendapat rm500 tidak cukup untuk mereka pada bulan itu. Gadis B pula berfikir seolah-olah beliau tidak dapat hidup tanpa keluar pada hujung minggu untuk bermain boling. Cara pemikiran mereka amat berbeza dalam hal duit
Dan kalau kita tengok pandangan lelaki, mereka lebih terbuka. Atau mungkin mereka kurang ambil berat tentang duit. Ini mungkin juga akan mengundang padah pada mereka sekiranya seorang itu tidak membayar balik hutang mereka. Namun mungkin juga mereka ini lebih setiakawan sehingga sanggup mengambil risiko untuk meminjamkan duit kepada kaan mereka.
Ada pandangan lain?
******************************************************************************
















