as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

teknik mengingat untuk najib- Tree Map

assalammualaikum.. 


"datuk seri, bolehkan saya beri cadangan iaitu babi"

lepas ni, mungkin datuk seri boleh mengunakan Tree Map untuk mengingati dengan lebih pantas

Thursday, September 29, 2011

potong kuku dan pakai cincin



assalammualaikum.. apa khabar pembaca-pembaca sekalian? harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...

sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..



dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak...

orang melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll... apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

percayalah.

untuk yang bujang beringat lah. kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. insya-Allah.

additional info

kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

perhatian

cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

da habis baca tu, share la kat rakan-rakan.. mana tahu ada yang masih tak tahu...insyaallah bitaufiq maannajah....

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345)) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Wednesday, September 14, 2011

undang-undang Allah dan undang-undang manusia

assalammualaikum... apa khabar? harapnya semua didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... dah lama aku tak conteng blog ni.. almaklum la, sibuk dengan hal-hal duniawi.. kebetulan pula aku kurang sihat sebelum ini.. jadi terpaksa meng-postpone-kan segala hal-hal kerajaan dan hal-hal politik...


hari ini, aku nak bincangkan satu topik yang agak menarik.. mengenai perundangan di negara tercinta, 1Malaysia.. meh kita layan.

 



___________________________________________________



nak mintak sedikit pendapat untuk dikongsikan dalam blog..
untuk memudahkan cerita, sy buat dalam bentuk cerita.. :)

ada seorang lelaki bernama awang... 
dulu, dia adalah seorang pengedar dadah yang terkemuka... 
namun polis tak tahu kerana beliau pandai bersembunyi di dalam bayang (chewah)..
setelah 8 tahun dia menjadi pengedar dadah, akhirnya dia berhenti.... 
akibatnya, dia diburu oleh pengedar-pengedar dadah lain..
tp disebabkan alasan yang tak dapat dielakkan, dia dilepaskan oleh bos-bos dadah berkenaan...

dia akhirnya bertaubat... selama 20 tahun dia bersih terlibat dalam pengedaran dadah.. 
dalam masa itu, dia berjaya membina keluarga bahagia, berjaya menjadi peniaga...
dia mendekatkan diri kepada Allah meminta ampun  diatas dosa-dosa silam beliau...

beliau banyak menghabiskan masa di masjid...
sehingga satu masa, beliau rasa bersalah atas jenayah dadah, 
beliau menyerah diri dan mengaku mejadi pengedar dadah 20 tahun lepas...
____________________________________________________

dalam hal ini, makamah mana yang layak  diguna pakai? 
boleh ke kes dia masuk dalam makamah syariah? 

sebab kalau dalam kes ini, awang tadi telah pon dijatuhkan hukuman gantung...
(kisah benar yang terpaksa diubah sedikit)
bukan kah dia sudah bertaubat? 

jawapan:

dalam hal ini..
sebenarnya..
undang2 berkenaan dadah di malaysia adalah tertakluk pada mahkamah sivil..bukan mahkamah syariah..
and perlakuan mengedar dadah itu sebenarnya..
adalah susah untuk ditentukan..dimana niat beliauadakah betul2 mengedar atau tidak..
dalam mahkamah..akan ada satu perbicaraan yg panjang..akan diteliti segala2nya sebelum dibuktikan bersalah..

sekiranya telah dibuktikan belaiu bersalah seperti yang diakui beliau,..mengikut undang2 manusia..adalah tertakluk pada hukuman seperti yang terdapat dlm section2..
tapi sebenarnya,,sekiranya belaiu telah insaf..xperlu menyerah diri ..just memohom ampun daripada Allah sebab Allah berhak..
undang2 manusia hari ini adalah tertakluk kepada kertas dimana akn dinilai melalui bukti2 sahaja..



____________________________________________________


sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun


kredit kepada Nurul Badiah Lai

Thursday, July 21, 2011

Hukum puasa selepas Nisfu Sya'ban




Dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nisfu Sya'ban adalah HARAM DAN TIDAK SAH.
Pengharaman berpuasa tidaklah mutlak tetapi mempunyai PENGECUALIAN berikut:-


- puasa qadha`.
- puasa kaffarah.
- puasa nazar.
- puasa yang sudah menjadi wirid atau adat atau kebiasaan.
- puasa sunat yang disambungkan atau dihubungkan dengan hari di nisfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'ban.


arnab yang baru dibela


Sumber:   
Jabatan Mufti Brunei: Puasa Sunat Bulan Sya‘ban - http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil288-bhgakhir.pdf
JomFaham : Hukum Puasa Selepas Nisfu Sya'ban - http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/puasa-selepas-nishfu.html

Wednesday, June 8, 2011

hukum pakai bulu mata palsu

Assalammualaikum. Apa khabar saudara-saudara dan saudari-saudari sekelian? Harapnya semua berada di dalam keadaan sihat semuanya. Pada hari yang mulia ini, aku terasa malas hendak mengutuk kerajaan, Najib dan sebagainya. Maka hari ini, aku nak bercerita mengenai hal-hal yang baik-baik sahaja.

Pada minggu yang lalu, aku banyak mendapat jemputan ke majlis perkahwinan rakan-rakan dan taulan. Maka, dengan rela dalam terpaksa, aku pergi jua kerana dapat mengenyangkan perut aku. Setelah pergi ke dua atau tiga majlis perkahwinan, aku sedar yang kebanyakkan pengantin perempuan membuat sesuatu yang haram iaitu memakai bulu mata palsu. 



pelbagai jenis bulu mata dipasaran

Aku ni pun bukan lah hebat sangat dalam bidang agama tapi Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu. Jadi bagi aku, hanya orang yang mengalami kecacatan sahaja yang memakai bulu palsu-palsu ni.

Secara jujur, aku tidak suka pemakaian barang-barang palsu sama ada bulu mata palsu, rambut palsu, bulu kaki palsu, waima bulu hidung palsu sekali pun. Jadi aku harap agar perempuan-perempuan di luar sana mengambil iktibar di atas nasihat ini. Bukankah kita mahu perkahwinan kita diberkati? Andainya YA, tinggalkanlah perbuatan yang haram dan lagho ini.

lawa ke saya pakai bulu mata?

Sekian terima kasih.

Wednesday, March 23, 2011

haram bagi artis menutup aurat!

assalammualaikum.. apa khabar? harap semua sihat sejahtera.. 

pada hari rabu iaitu hari ini, aku ingin membincangkan hukum menutup aurat bagi artis...
telah difatwakan di Malaysia, hukum menutup aurat bagi artis adalah haram! mana-mana artis yang menutup aurat akan masuk neraka.. 

contoh pakaian yang halal dipakai:









_________________________________________________
yang pulak sunat!

sunat.. ada sebahagian kata harus pakai camni
_______________________________________________

yang ini haram dipakai! mana-mana artis yang pakai camni berdosa

berdosa!

haram

haram!

haram!

* sengaja aku tak sensor muka dan beberapa bahagian tertentu..
*semua gambar adalah dari internet tanpa sebarang editing.. 
*sila baca dengan penuh perasaan sinis.. sesungguhnya sinis itu indah.. sekian terima kasih
________________________________________________

aku harap Majlis Agama Islam dan bahagian terlibat di SatuMalaysia akan mengambil tindakan untuk memastikan satu akta pemakaian bagi artis-artis di SatuMalaysia.. 

Sunday, February 27, 2011

isu : jangan gunakan perkataan "salam"


Assalammualaikum.. :) apa khabar? aku sihat, alhamdulillah,, cuma penat dan mengantuk.. sebab makan ubat.. huu


err, aku masih lelaki.. cuma saje letak gambar perempuan nie... :)

________________________________

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan...., ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh.

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”.

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”.

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.. Sekian, semoga ada 
manfaatnya. Petikan dari FB SKGTN. (T.Kasih Ckg Nor Azian)

________________________________

huraian aku pasal ini: 

dulu aku ada belajar bahasa arab dan aku selalu fail.. mengikut apa yang aku belajar masa dulu-dulu, islam berasal dari perkataan salam yang bermaksud selamat/tenang (calm,peace) *aku belajar dalam bahasa inggeris*

pada fahaman aku, setelah dikaji dan dikaji dan bertanya kepada beberapa orang mahir, aku tak rasa perkataan salam itu salah  untuk diucapkan mengantikan perkataan assalammualaikum(bukan salam 1malaysia plak, tu bonggok salah namanya).. 



lagipun perkataan assalammualaikum itu berasal dari :
as-salam = selamat, ala = atas, kum = ganti bagi antum, kamu...
so, rasanya tiada yang salah tentang perkataan assalammualaikum itu sendiri dirujuk dari root word salam... satu lagi aku quote:


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


tak sama kah as salam dengan salam? T_T

selain tu, selalu aku tengok orang ucapkan salam alaik... tak cukup tu.. macam tak lengkap.. bukankah isalam itu indah? perkataan nya mestilah tersusun dan lengkap...
salam alaik, selamat ke atas ___? atas siapa? atas langit?kerajaan langit? ayah pin? T_T
*ohhhh aku dah mula fikir bukan-bukan.. 

mengenai salam yang diucapkan Rasulullah, aku berpendapat bahawa salam bukan sahaja untuk menegur tetapi untuk mengundur diri.. bukankah begitu? 
aku hanya memberi pendapat.. jika salah sila betulkan...
wallahualam.. :)

Monday, February 14, 2011

golongan gay haram menyambut Valentine's Day


Assalammualaikum.. apa khabar? Harap nya semua dalam keadaan sihat sejahtera.. sempena penyambutan *betul ker ayat nie?* Valentine’s Day pada hari ini, aku ingin mengulas tentang hukum menyambut hari tersebut bagi golongan gay.. adakah golongon gay menyambut perasaan tersebut? Apa hukumnya?

Hokum menyambut perayaan Valentine’s Day bagi golongan gay adalah haram~~! Ini kerana Santo Valentinus [click] bukan gay.. jadi hukum bagi golongan gay menyabut Valentine’s Day adalah haram… golongon biasa? halal! Tak caya? Meh kita Tanya ustaz-ustaz dan ustazah terkemuka…

Ustaz Khairy Jamaluddin :


















“If people want to do it because they feel it’s a nice occasion, as long as they are not committing sin, why not? Of course you can do it anytime. That’s not the point.”

Bacaan penuh: [click]


Ustazah Sharifah Sofia
























“Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?

Bacaan penuh: [click]


Cacatan:

*Ustaz Khairy Jamaluddin adalah seorang tokoh ustaz terkemuka, beliau merupakan seorang menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia dan Pengasas Islam Hadhari di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuwait City, Kuwait.

*Ustazah Sharifah Sofia pula adalah seorang anak keturunan syed yang di percayai kononnya adalah berasal dari susur galur orang arab. Beliau dilahirkan di Liverpool, England.

----------------------------------------------------------

Sejarah asal usul Valentine’s Day [click]

Friday, September 24, 2010

hukum gabung puasa sunat dan qadha

assalammualaikum...

dah habis raya, skang ni nak qadha puasa plak.. sambil2 puasa sunat.. :P

tp ada orang puasa skaligus .. boleh ker? bab hukum ni, perlu dirujuk dlu.. jadi aku amik direct dari web dia..



Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha

Oleh:

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.


Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-


1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.


2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.


3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :


كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)


4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)


5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW


من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).


6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.


7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

_________

*Tambahan

  • (Mazhab Syafie)

Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.

Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

  • Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."

  • AKAN TETAPI,

jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].


*takde gambar la kali nie.. sebab tak taw nak letak gamba apa :P

Wednesday, August 25, 2010

Hukum hasil pendapatan dari iklan di blog

assalammualaikum..
sejak akhir-akhir ini, aku memang aktif ber'blogging'. iklan situ, iklan sini, nak cari hasil pendapatan dari blog nie.. untuk pengetahuan pembaca, blog aku ini sudah lama beroperasi, cuma tiada iklan dipaparkan kerana aku ragu-ragu dengan status hasil pendapatan melalui iklan di blog... akhirnya, aku terbaca dalam satu ruangan yang popular.. UZAR..rasanya ramai dah kenal dia... saksikanlah (chewah macam pertandingan bola pula).


SOALAN

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.














jumlah viewer zalizalu.blogspot.com untuk minggu ini. harap ramai yang view untuk baca

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu’ atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.




















beberapa pembaca dari luar negara.. tak tahu plak aku macam mana mereka boleh sampai ke sini



Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter’ atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.









wang yang berjaya aku kumpul setakat ini adalah hampir rm5ribu errr... adalah hampir rm0.00



KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

rujukan : UZAR

Tuesday, August 17, 2010

hukum kumpul duit lama dan bernombor siri cantik













Assalamualaikum..baru-baru ini(tak baru jugak laa) aku mula mencari-cari koleksi duit lama..sebabnya, koleksi duit lama ni memang berbaloi untuk dikumpul memandangkan harganya makin lama makin meningkat.. tambahan pula, ramai collector yang aktif mengumpul duit lama ini. ada juga yang mengumpul wang kertas berdasarkan nombor siri yang cantik. ades, skemanya ayat..

tetiba terfikir pula apa hukum jual beli dan mengumpul duit lama dan duit yang bernombor siri cantik ini.. kerana yang kita kumpul sekarang ni adalah duit, medium jual beli... so, aku pon cari-cari jawapan untuk ini.. nak letak hukum sendiri, memang tak lepas lagi ilmu aku ni.. meh kita tengok jawapannya..

Jawapannya :

Menurut pandangan saya yang tidak seberapa ini, orang yang suka mengumpul duit-duit lama sebagai koleksi adalah harus dan duit tersebut tidak lagi mempunyai nilainya seperti waktu ia diperdagangkan. Duit lama tersebut mempunyai nilainya tertentu kerana ia menjadi antik dan sudah pasti harganya melonjak tinggi dari nilai sebenar duit tersebut. Yang menjadi riba ialah apabila duit itu diperdagangkan dan masih digunakan lagi dalam muamalah negara tersebut. Contohnya kalau orang tersebut membeli duit seringgi dengan nilai seratus ringgit, maka itu menjadi riba disebabkan ada unsur lebihan dalam nilai sebenar duit tersebut. Masalah beli duit kertas baru yang mempunyai nombor siri menarik dengan harga yang tinggi dari nilai duit tersebut. Di sini saya mempunyai dua jawapan iaitu :

1. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dijadikan perhiasan dan koleksi, maka ia menjadi harus, kerana duit itu tidak diperdagangkan untuk jual beli barangan keperluan.
2. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dibeli dengan nilai harga yang tinggi dan digunakan dalam jual beli barangan, maka itu menjadi riba kerana ada unsur lebihan di situ. Begitu juga kepada orang yang mula-mulanya berniat untuk menjadikan duit yang mempunyai nombor siri menarik itu sebagai koleksi, tetapi orang tersebut tukar niatnya dan menggunakan duit tersebut untuk diperdagangkan, maka ini menjadi riba dan haram.


Harus kepada orang yang ingin melancong atau umrah ziarah menukar duitnya untuk urusan jual beli di negara tersebut. Ini bersesuaian dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum :

1. Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
2. Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat, bukan untuk mencari keuntungan semata.
3. Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
4. Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.


Kesimpulannya

Wang kertas yang lama atau antik dibeli dengan harga yang mahal untuk dijadikan perhiasan adalah harus kerana wang tersebut tiada nilainya lagi dan ia di nilai seperti barangan perhiasan. Harus juga bagi sesiapa yang suka menyimpan duit yang mempunyai no siri yang cantik dan menarik untuk dijadikan perhiasan dan koleksi. Haram dan riba bagi duit yang dijual dengan harga yang mahal untuk tujuan muamalah atau urusan jual beli, kerana disitu terdapat unsur lebihan.

Link http://www.ustaznoramin.com/2010/07/hukum-mengumpulkan-duit-kertas-baru.html

Friday, August 6, 2010

sambungan pengunaan emas pada jam

Lagi sumber berkenaan hukum emas pada jam

sumber: duniajam

Penggunaan emas pada jam...

Dalam pembuatan jam, banyak bahan digunakan untuk menghasilkan ciptaan yang berkualiti & bermutu tinggi. Salah satunya ialah emas. Penggunaan emas adalah suatu bahan yang lazim digunakan tambah-tambah lagi jika ianya dari jenama terkenal & mewah. Penggunaan emas ini bukan saja cantik malah turut menaikkan lagi harganya.

Sebagai muslim, kita perlu mengikut lunas & hukum hakam yang telah ditetapkan oleh syarak. Janganlah terlalu obses & terlalu minat sampaikan membelakangi agama kita. Penggunaan emas sebagai plated, coating adalah suatu yang lazim. Yang menjadi masalahnya ialah jika emas itu emas tulen. Penggunaan emas tulen oleh muslimah tidak menjadi kesalahan.... yang salahnya jika muslim yang menggunakan emas tulen....

Penggunaan barang kemas hiasan daripada emas oleh lelaki.... hukumnya haram.Disebabkan ragu-ragu tentang penggunaan emas dalam jam tangan, aku telah mengemukakan persoalan ini kepada mereka yang arif termasuklah beberapa Pejabat Mufti negeri di Malaysia. Aku rasa wajib untuk aku sampaikan perkara ni setelah mendapat jawapan yang sahih.
baca lagi disini (link)

Saturday, July 31, 2010

Hukum pakai barangan "gold plated" dan emas putih
















Kebelakangan ini, minat aku terhadap duit lama berubah kepada jam... Tetiba aku terfikir boleh ker pakai jam gold plated nie.... Sebab ada emas... Tp kandungan emasnya sedikit.... Ni jawapan yang aku dapat :

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'"
(Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya. Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.
wink

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum' dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.
Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats."

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya. Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum. Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor (link)

Bagi barangan gold plated plak, aku search2, jumpa satu jawapan...
wallahu a'lam.

Ini adalah isu khilafiah; ada ulamak yang mengatakan haram, makruh dan mubah (harus).

*Dalam hal ini, pandangan madzhab Syafi'iy (Imam Nawawi dalam al Muhadzab) menjelaskan jika kandungan emas itu kurang daripada logam lain, maka ia harus digunakan; contohnya logam suasa (gabungan antara emas, perak dan tembaga) ia
diharuskan kerana kandungan emas kurang daripada logam perak dan tembaga. Ibn Hazm (Muhalla), menjelaskan penemuan-penemuan baru dalam menghasilkan logam campuran (termasuk teknologi gold-plating dan silver-plating) adalah perkara-perkara baru yang tidak menyerupai hukum asal emas dan perak. Dalam hal ini mengikut tafsiran dari kata-kata Ibn Hazm, maka menggunakan barangan perhiasan dari teknologi menyadur logam atau mencampur.

teknologi menyadur logam atau mencampurkan logam adalah harus. Ia dipanggil hukum atTasybih (barangan menyerupai yang haram tapi zatnya tidak haram)


Pendapat lain?
*sila betulkan aku kalau silap