as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Friday, October 7, 2011

penukaran nama kepada buloh hijau

assalammualaikum.. apa khabar rakan-rakan.. disini ada sedikit pengumuman... mulai hari ini, blog zalizalu sudah bertukar nama kepada buloh hijau.. jadi, link baru telah dipohon dan telah berjaya..

hanya tinggal kenangan


penukaran ini berikutan nama blog yang terlalu personal ini mengandungi unsur-unsur politik, kelucahan yang tidak melampau dan kata-kata kesat yang mungkin boleh menyingung para pembaca sehingga menyebabkan mereka separuh gila...

selain itu, kepentingan penulis juga diambil kira kerana pengunaan nama mungkin akan menyebabkan peratus mendapat tender dari kerajaan berkurang kerana selalu mengutuk kerajaan 1Malaysia.. jadi penukaran ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan salah faham.. penulis seorang yang pentingkan duit..

http://bulohhijau.blogspot.com

Tuesday, April 5, 2011

MIIE'11 exhibition - promote

assalammualaikum :)  apa khabar? ni aku nak promote sikit untuk sesiapa yang terlibat dalam construction/pembinaan

_______________________________________________________

 

VISIT THE EXHIBITION , EVERYBODY IS INVITED!Discover the latest technology in construction and IBS..

Showtime    : 9.00am – 5.00pm
Date            : 5 – 7 April 2011 



Program Highlights:
  • Exhibition
  • Machinery Exhibition
  • Seminar on IBS
  • Workshop on IBS
  • Seminar for Bumiputera Contractors
  • Blood Donation Drive ( 6 April 2011)
  • Health Test


Many games and prizes to be won!!! See you there!



Yours sincerely,
Secretariat MIIE 2001

Thursday, March 31, 2011

7 sifat buruk watak-watak dalam kartun Sponge Bob

Dalam kartun Sponge Bob, setiap watak kartunnya memiliki beberapa karakter yang berbeza, dan setiap karakter itu terdapat beberapa sifat yang dianggap sebagai sifat buruk untuk kanak-kanak, ini adalah beberapa karakter dari semua watak kartun Sponge Bob tersebut.

1. Sloth/Kemalasan (Patrick)

http://hermawayne.blogspot.com

Kemalasan adalah suatu sifat yang dianggap tidak baik, termasuk malas untuk bertindak. Sifat ini adalah sifat Patrick. Dia tinggal di bawah batu sepanjang waktu dan tidak pernah melakukan apa-apa.

Malah dalam episode "Big Pink Loser", dia mendapatkan penghargaan kerana tidak melakukan apa-apa dalam jangka masa paling lama.

2. Wrath/Amarah (Squidward)
http://hermawayne.blogspot.com

Sifat amarah melibatkan perasaan kebencian dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebahagian besar waktunya dihabiskan untuk marah-marah.



3. Greed/tamak (Mr. Krabs)
http://hermawayne.blogspot.com 
Jelas Mr. Krabs adalah tokoh yang sangat tamak terhadap wang. Bagaimana mungkin tidak? dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya,

4. Envy/Iri hati (Plankton)
http://hermawayne.blogspot.com

Plankton iri hati kepada Mr. Krabs kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan The Chum Bucket adalah sebuah kegagalan. Sifat iri hati membuatnya ingin cuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.

5. Gluttony/Kerakusan (Gary)
http://hermawayne.blogspot.com

Cuba anda perhatikan Sponge Bob dimana dia selalu mengatakan, "jangan lupa untuk memberi makan, Gary" atau mengatakan, "Saya harus pergi makan Gary". Gary sanggup lari jika Sponge Bob lupa untuk memberinya makan. Sifat rakusnya biasanya adalah berlebihan untuk makan.

6. Pride/Kebanggan (Sandy)
http://hermawayne.blogspot.com
Sandy mempunyai sifat bangga diri melampau. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan dari mana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan senang kalau semua orang tahu tentang itu.

Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episode "Pressure", dimana dia cuba untuk membuktikan bahawa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.

7. Lust/Nafsu (Sponge Bob)
http://hermawayne.blogspot.com
Sifat kasih sayang berlebihan terhadap orang lain jelas ada pada Sponge Bob. Dia menunjukkan cintanya yang berlebihan kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang serta berlebihan terhadap perkerjaannya.

Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam beberapa dosa , tapi di balik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua.



dipetik dari blog tulahan [link]

Monday, February 21, 2011

De Tru Enami

Assalammualaikum,
____________________________________________







Sometimes
we're our own worst enemy.


And sometimes we rise to the occasion.


Everything went really well.


Even though we know


That tomorrow morning,
most of us will go back to being


The same person as today


The only differents 
between today and tommorow 


Is "self-improvements".


zalizalu,20 februari 2011

____________________________________________


What's up everyone?
I dont know why im write this post in English..
But starting from today, 
i'll reform (reformasi?) this blog 
from full Malay language 
to Malay-English-Malay..
Arabic? Insyaallah :)

If there is/are any mistake/mistakes, 
please let me know 
by leave some comment to this post

Please enjoy "refreshment"
:)

Monday, February 14, 2011

golongan gay haram menyambut Valentine's Day


Assalammualaikum.. apa khabar? Harap nya semua dalam keadaan sihat sejahtera.. sempena penyambutan *betul ker ayat nie?* Valentine’s Day pada hari ini, aku ingin mengulas tentang hukum menyambut hari tersebut bagi golongan gay.. adakah golongon gay menyambut perasaan tersebut? Apa hukumnya?

Hokum menyambut perayaan Valentine’s Day bagi golongan gay adalah haram~~! Ini kerana Santo Valentinus [click] bukan gay.. jadi hukum bagi golongan gay menyabut Valentine’s Day adalah haram… golongon biasa? halal! Tak caya? Meh kita Tanya ustaz-ustaz dan ustazah terkemuka…

Ustaz Khairy Jamaluddin :


















“If people want to do it because they feel it’s a nice occasion, as long as they are not committing sin, why not? Of course you can do it anytime. That’s not the point.”

Bacaan penuh: [click]


Ustazah Sharifah Sofia
























“Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?

Bacaan penuh: [click]


Cacatan:

*Ustaz Khairy Jamaluddin adalah seorang tokoh ustaz terkemuka, beliau merupakan seorang menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia dan Pengasas Islam Hadhari di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuwait City, Kuwait.

*Ustazah Sharifah Sofia pula adalah seorang anak keturunan syed yang di percayai kononnya adalah berasal dari susur galur orang arab. Beliau dilahirkan di Liverpool, England.

----------------------------------------------------------

Sejarah asal usul Valentine’s Day [click]

Monday, November 1, 2010

peperiksaan akhir sem 1 2010/2011


assalammualaikum...

pada 01/11/10 ( lawa la plak tarikh ni) debaran makin terasa... exam sudah pun tiba.. aku rasa ramai lagi yang bertungkus lumus (bertungkus lumut) membuat persiapan untuk ini... sekarang ini, cuma satu perkara bermain di kepalaku... apakah aku dapat menjawab peperiksaan akhir semester nanti (bukan nanti tapi lusa). dalam keadaan aku yang banyak tertinggal kelas atas urusan-urusan peribadi, aku risau kalau-kalau aku tak mampu menjawab dengan tenang...

















kalkulator dengan kertas kira-kira di atas katil.. berselerak!

pada tahun ni juga, aku berharap agar aku tak lagi jatuh sakit semasa menjawab peperiksaan..
yer, 2 semester berturut-turut, aku sakit tiba-tiba setiap kali aku hendak menduduki peperiksaan.. keputusuan aku jatuh... aku sangat sedi
h... aku pelik.. aku sakit apa? sudah penat aku ulang alik dari hkl-klinik.. tapi masih tak diketahui penyakitnya..

















madu yang dibeli di Kiosk

atas nasihat tok sedara aku, dia bekalkan sedikit air sembahyang hajat, dan potongan ayat quran untuk dibaca.. aku juga mengamalkan madu setiap pagi... alhamdulillah, sakit tu dah berkurangan sedikit...harapnya penyakit tu tak lagi datang untuk semerster ini dan semester-semester selepas ini.. cukuplah untuk 2 semester sahaja... insyaallah... amin..

















peneman waktu otak tepu.. racing!

doakan aku berjaya kali ini.. thanks kepada juju yang banyak beri sokongan.. :P

Thursday, October 28, 2010

tragedi oktober

assalamualaikum..

sudah agak lama aku tak conteng apa-apa kat blog ini.. idea tu ada cumanya tak berkesempatan mengisi masa di blog ini..

bila sebut bulan oktober, teringat lagu kumpulan wings @ awie : tragedi oktober...
aku rasa lagu ni best sebab:
1) aku lahir pada bulan oktober
2) juju pon lahir bulan oktober
3) bulan oktober bulan takde banyak kelas
4) etc etc etc...

dengan kata lain, bulan oktober ni memang
best bagi aku... sampai lah pada suatu hari bertarikh 16 oktober 2010, tepat pukul 5.25 aku dapat pangilan dari mak.. katanya "ayah dah takde"
masa tu, aku rasa sebak sangat2.. hadiah berday aku kah nie? tp aku tetap sabar.. dan aku balik.. dan aku...

alhamdulillah, urusan jenazah berjalan dengan lancar walaupun aku tak sempat berbuat apa-apa. masa tu, hanya Allah je tahu apa yang aku rasa.. seorang anak lelaki, sulong, tak mampu berbuat apa-apa.. sewaktu proses pengembumian, aku dalam bas.. masih dalam bas... namun aku tetap bersyukur tiada masalah berlaku sewaktu urusan jenazah..

---------------------------------------------------------------------------

dan hari ini, 28 oktober 2010, along menulis entry ini khas untukmu ayah: Ahmad bin Ali.. sesungguhnya along tak malu mengalirkan airmata untuk pemergianmu... tapi, ayah dah pergi, mana mungkin boleh baca entry ni. jadi along hanya mampu berdoa moga2 ayah diletakkan di kalangan orang2 soleh..













along, mak ngan adik2 sentiasa doakan ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..
kami takkan lupa pesan ayah dulu2... jangan solat tinggal solat, jangan nyusahkan orang lain...jangan gaduh antara adik beradik... insyaallah...

ya Allah, tempatkan beliau di kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.. amiin...

Tuesday, September 14, 2010

selamat hari raya


assalammualaikum...
lambat ker? tak lambat pon.. kekekeke
selamat hari raya maaf zahir batin....






















mintak ampun kepada sesapa yang terasa hati dengan saya.... dan selamat berhari raya...
jangan makan banyak2.. :P

Tuesday, August 10, 2010

selamat menyambut bulan ramadhan

tiada gambar, tiada grafik cantik...
hanya beberapa baris kata2 saya/aku susunkan... hehehe..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
SEMOGA BULAN INI DAPAT KITA MANFAATKAN DENGAN SEPENUHNYA
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERIBADAT DAN SEMOGA MENDAPAT LEBIH KEBAIKAN
AMIN

Tuesday, April 14, 2009

pembuka bicara










assalamualaikum wbt..
salam perkenalan...
aku skang baru je bukak, edit, renew blog ni...
banyak laa topic yang aku nak bukak nanti...
salam

Sunday, March 15, 2009

blog??












im just created a blog.