as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Monday, October 1, 2012

wanita boleh sanggul tinggi?

assalammualaikum..

pandai la ustazah ni.... auww..

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).



Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

 "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad). 


bincangkan... 

ni ada perbincangan mengenai hal di atas
{link}

sekian terima kasih.. 

Thursday, March 24, 2011

promote sebuah blog bagus: wanitamelayuseksa

assalamuualaikum.. apa khabar? hari ini aku sangat pening pale.. tapi sempat jer kalau nak post entry baru... ceh...

hari ini aku nak promote sebuah/seekor.sebiji/sekaki blog yang aku baru godek tadi.. nama blog itu wanitamelayuseksa. .

aku tak tahu kenapa tajuk dia perlu di bubuh melayu tapi, bagi aku, masalah ini memang menular dikalangan melayu jer.. sebab kalau kaum cina,india atau amirika nimbia yang masuk islam, kebanyakkan mereka akan jaga betul-betul aurat mereka.. sebab mereka yang cari.. mereka mencari untuk islam.. berbeza dengan melayu, yang memang dilahirkan islam...

dah2, nanti aku memalut tak tentu pasal... blog ini menceritakan tentang kesalahan berfesyen dalam bertudung.. aku tak tau admin dia lelaki ke perempuan tapi aku nampak dia nampak masalah bertudung yang meragut masyarakat kita sekanrang ni khususnya masyarakat melayu..

selain itu, aku akan buat satu link untuk post dari blog tersebut... yang lain jangan iri hati..

maka dengan ini saya, zalizalu ingin merasmikan majlis promosi blog orang:



[wanitamelayuseksa]

Tuesday, February 22, 2011

Makan Luar, Minum Dalam..


assalammualaikum, apa khabar? hari ini aku nak bergkongsi satu info, satu nasihat untuk semua... 


>> ISNIN, FEBRUARI 21, 2011
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
 pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
 maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
 Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
 Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
 perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorangperempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
 Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
 turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besarsedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
 akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
 janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
 penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terangjika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
 memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perludiingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agartidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
 dan jagalah kemaluanmu".Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
 lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
 dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
 Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wasalam………………….

__________________________________________

dipetik dari blog ISA [click]

Sunday, May 24, 2009

TUTUP AURAT PERLUKAN ALASAN YANG KUKUH?




*Zalizalu ni pown pesan jugak kat diri sendiri…
Yea laa, pasal selalu jugak pkai suar pendek kat bilik..
Kawan-kawan datang, malu rasanya…
^_^


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramai artis skang ni, bila ditanya "Bila artis A nak bertudung? Takkan la nak pkai camni selalu?" dan biasanya apa yang mereka ni jawab...

"Emmm, insyaallah kalu saya dah tergerak hati nak pkai tudung saya pkai.. Saya taknak pkai kerana terpaksa... Bila hati ni dah ikhlas saya akan pkai laa.."
Banyak laa korang nak ikhlas…

Sama ada kita ikhlas atau tidak, kita wajib menutup aurat.. kita ni hamba-Nya…
Sebagai contoh laa, ada sorang hamba ni, tuannya menyuruh dia memotong kayu…

Tapi kerana hamba tu tak ikhlas, hamba tu cakap kat tuan dia dengan nada yang halus “Tuan, saya akan potong kayu tu nanti, apabila saya ikhlas…”
Boleh ke macam tu??
kalu macam tu laa, takde guna laaa si tuan ni amik dia jadi hamba, beri makan, beri minum…
Bodohkan orang jawab macam tu?

Sama laa keadaannya seperti sesiapa yang guna perkataan ikhlas untuk melakukan suruhan-Nya.. walaupun mereka ni jawab dengan halus, mereka tetap melawan...
Perkataan insyaallah digunakan sebagai kata harapan yang kononnya bila mereka ikhlas, mereka akan buat…
Tapi sampai bila laaa mereka nak ikhlas? Tunggu sampai masuk kubur agaknya baru mereka nak ikhlas…
Agaknya je laaa… Hahaha ^_^

Lagi jawapan yang selalu zalizalu dapat dengar… “Dosa pahala ni Allah yang tentukan, antara manusia dengan Allah”
Memang lah dosa pahala tu urusan Allah tapi kan dah memang terang tak tutup aurat ni satu dosa..
Nak beri jawapan tu pikir2 kan lah…
Mulut tu kawal sikit….nak cakap tu jangan main tembak je..
Nanti dah habis peluru, mati laaaa… *Peluru skang mahal…*

Hah, dan satu lagi alas an yang zalizalu selalu dengar… “Don’t judge the book by their cover, pakai tudung tapi kalu buat maksiat buat apa??? Skang ni pon ramai je yang pkai tudung buat maksiat.. Yang penting hati ni baik…”
Memang betul yang pkai tudung pon ada yang buat maksiat… Tapi, yang tak pkai tudung???
Kalu laa yang tak pkai tudung buat maksiat, dah dua dosa dia dapat.. tak pkai tudung dan buat maksiat…

Lagi pown ramai yang salah paham tentang makna tutup aurat ni…
Tutup aurat tu bukan laa bermaksud pakai tudung, tutup rambut tapi seluruh pemakaian terutamanya pada bahagian badan.. kalau da pkai tudung tapi pkai baju ketat, tetap tak tutup aurat…

Maknanya, kalu pkai tudung, tapi pkai baju ketat, seluar ketat sampai nampak bentuk badan, bukan tutup aurat namanya… Perempuan2 macam ni laaa yang jadi mangsa mata lelaki
Jadi pasni, ingat2lah wahai manusia terutamanya perempuan…
Bukan bermakna lelaki ni baik atau kuat imannya tapi zalizalu lebih khususkan hal ini kepada perempuan... Ingat lah, kita ni hamba je….
Kalau tuan kita da suruh terpaksa atau tidak,ikut je laaa…

*harga peluru tiada kaitan dalam hal ni*
Hahaha ^_^
*************************************************************************************