as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Tuesday, September 27, 2011

baik masuk pusat serenti dari masuk universiti

assalammualaikum.. apa khabar? sihat? aku harap, semua berada didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...

pada hari ini, aku ada presentation... susahnya hidup di universiti.. haha.. kadang- kadang, aku terfikir, kenapa susah sangat hidup di universiti.. dan aku terfikir, mudahnya orang hidup di pusat serenti.. kenapa? meh kita fikir sama-sama..

hidup di universiti:

gambar salah satu universiti di malaysia


1- makanan kena beli, tiada duit, tak boleh makan..
2- kalau ada duit, kena berjimat.. silap beli banyak, akhir sem makan nasi kosong(aku dah pernah merasa)
3- masuk je sem baru, kena beli bantal, kena beli syampu, berus gigi, sabun, cadar, tikar, pemotong kuku bla bla bla
4- yuran mahal yang amat.. mungkin sebahagian universiti di malaysia mendapat subsidi, tapi masih banyak lagi belum mendapat subsidi.. rata-rata yuran masih lebih dari 1000..
5- hostel kena bayar, rumah sewa lagi la kena bayar..
6- time exam, merana nak ulangkaji.. sebahagian kos seperti senibina, terpaksa tak tidur malam semata-mata nak siapkan projek..
7- bila GPA rendah dari 2.0, pinjaman atau biasiswa kena potong.. mereka tidak pula dengar apakah sebab situasi tersebut berlaku (memang terjadi kepada aku)
8- bila dah CGPA kurang dari 2.0, kena buang dari universiti.. maka membazirlah segala duit yang digunakan sebelum ini.. (terutama bagi pelajar tahun akhir yang kritikal)
9- dah kena buang, orang akan pandang rendah.. pada masa itu, hidup akan jadi tekanan.. haha

hidup di pusat serenti:

gambar salah satu pusat serenti di malaysia

1- makanan percuma, jangan fikir sangal fasal makan, usah bimbang..
2- tak usah pening kepala fikirkan perbelanjaan
3- masuk je pusat serenti, santai.. semua dah siap... cadar, bantal dah disediakan
4- yuran? percuma.. ada juga sesetengah tempat mengenakan yuran tahunan..
5- bilik dah percuma, jangan pening kepala nak bayar
6- exam? usah pening kepala, tiada exam, tiada projek, tiada dateline.. hanya ada kerja-kerja ringan yang perempuan pun boleh buat
7- kalau kerja tu tak siap, tiada pun sumber makanan disekat atau kena bayar apa-apa
8- tak usah risau kena buang.. sebab mereka lepas penagih selepas tamat tempoh.. lepas tu nak masuk balik pun senang
9- bila dah keluar, orang akan pandang pelik.. orang hina, caci. tapi ada NGO yang back up mereka.. tak seperti pelajar yang dibuang..

patut lah orang malas belajar di universiti, cukup lah sekali
patut lah sekali masuk pusat serenti, nak masuk berkali-kali

kah kah kah

1 comment:

L said...

hohohooo... payah gak kalu pk gini.. huhu

dah solat belom?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html