as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Sunday, July 31, 2011

fatwa rokok haram? majalah mangga? urtv? galaksi?


 assalammualaikum.. selamat pagi semua... sihat? harapnya semua sihat sejahtera hendaknya.... minggu lepas, kecoh pasal fatwa rokok adalah haram.. sebenarnya bukan baru hari ini rokok difatwakan haram.. cumanya orang masih tegar dengan rokok mereka sehingga mereka lupa bahawa rokok adalah haram iaitu pada tahun 1995

- ad khilaf mengatakan bahawa kalau merokok terlalu banyak sehingga merosakkan kesihatan barulah dijatuhkan haram-

berita dibawah menceritakan rokok difatwakan haram


Ramai Tidak Hirau Fatwa Merokok Adalah Haram

    July 23, 2011
27 Comments
 5415 142share5433
PUTRAJAYA – Bilangan perokok di negara ini masih terus meningkat meskipun pelbagai kempen mengenai fatwa Merokok Adalah Haram telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, beliau melihat masih ramai umat Islam negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram tersebut.
“Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram. Oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan mengadakan kerjasama bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenainya,” katanya di sini hari ini.
Othman berkata, antara kerjasama yang dilakukan oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan adalah dengan mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
Menurutnya, seminar itu juga diadakan bersempena kehadiran bulan Ramadan pada penghujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok.

______________________________________________

rokok dah difatwakan haram... nasib baik majalah mangga, urtv, galaksi dsb tidak difatwakan haram... mana ulama-ulama nak cakap menda tu haram? 



kena masuk dalam akhbar tajuk : Majalah Mangga, URTV, dsb Difatwakan Haram ~ baru la orang sedar... kalau tidak, sampai bila pon masyarakat lena di ulit mimpi

No comments: