as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Wednesday, September 1, 2010

Hebatkah Holy Water ???

assalammualaikum....
aritu aku dapat satu email dari seorang kawan... baru lagi





ini laa dia tajuknya














antara isi kandungan dia [click untuk besarkan]

apa yang aku nak terangkan kat sini adalah petikan di bawah:













petikan dari blog [Green Carpet] [click untuk besarkan]

minum holy water seminggu takleh mengucap? hebatnya holy water. ini dah macam air magik.. huuuu.. takut den mendengarnya... betol ker? kalau macam tu, lebih baik kalau ambil air holy water, letak dalam punca air atau tangki... lagi senang... tak payah tunggu setahun, sebulan pon dah berderu-deru orang islam takleh mengucap... wahahaha...


















ini bukan holy water.. ini air kacang merah untuk aku sahur


sebelum-sebelum ni aku ad dengar pasal ni.. memang hangat lah.. masa tu pula aku baru tingkatan 5.. ilmu pon tak luas... bila dah belajar kat universiti ni, baru aku paham...kita seolah-olah terlalu taksub dengan kekuatan holy water... sampai kita lupa, Allah sebenarnya yang lebih berkuasa....betul ker holy water nie boleh buat orang lupa alfatihah, lupa kalimah syahadah? ini semua mentaliti melayu jer.. sebab apa?
kita baca petikan dari blog [Green Carpet] tadi:









[click untuk besarkan]

paham? sebenarnya bukan sebab kerana holy water tu yang menyebabkan peminumnya tak boleh mengucap kalimah syahadah.. tapi sebab individu itu sendiri... ini lah yang kita selalu salah paham...
seolah-olah holy water itu terlalu berkuasa... sama ker kesan dia kalau iman masjid negara minum air tu selama seminggu dengan "mat dadah" minum? tentu tak sama kan? kalau sama jugak, tak tahu laa den~~~
nampak tak betapa taksubnya melayu dengan menda-menda berkuasa ajaib nie? sampai kadang-kadang kita lupa bahawa Allah la yang sebenarnya lebih berkuasa [sengaja aku ulang]

















adakah ini holy water yang digembar-gemburkan? oh tidak.. ni air yogurt asli untuk aku berbuka

dah boleh terima? aku tidak berniat nak malukan sapa-sapa yang fowardkan email tu kepada aku atau kepada sesapa pon.. {aku dah mintak izin taw dari [Green Carpet]}
kita memang kena alert dengan menda nie.. tapi jangan sampai keluar cerita-cerita karut...














akhirnya, ad jugak gambar sebenar holy water yang famous tu... siap ada harga lagi..
sapa-sapa nak beli boleh laa bukak [link ni
]

disini , aku nak mintak maaf kalau ada silap salah dalam teguran kali ini..
dan aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada [Green Carpet] diatas kesudian beliau berkongsi entry tersebut.. aku letak sekali link blog beliau untuk rujukan...
selamat bersahur...
sekian terima kaseyyyyyyy!

17 comments:

Notami said...

salam..btul tu! notami sgt2 la stuju dgn pe yg d prkatakan kat atas nie..sbnarnye holy water tu x mmberi kesan pn pd umat Islam..punca yg sbnrnye ade dlm diri umat Islam itu sndiri..

nape la umat Islam skrg nie suka prcaya pd bende2 mcm nie n mudah plak tu passing2kan kat org lain..kalo iman dlm diri seseorang itu kuat, gangguan sihir yg sgt kuat pn x akn brkesan..insyaAllah..

pndapat notami..ramai umat Islam skrg ni mnjadi fanatik agama bkn syg agama..

Syed Nizam Syed Omar said...

erm,kalau pisau hiris kat badan,mesti luka kan.so pisau tu ada kuasa lah nak lukakan badan kita.PISAU ADA KUASA MELUKAKAN dengan izin allah.Sama macam holy water,telah disihir.nabi muhammad pun kena sihir,ni kan pulak kita.Fikir2 ye.
http://nizamullah.blogspot.com

Myzul said...

salam..setuju ngan penulis bukan holy water yg penyebab org xleh mengucap syahadah n lupa agama. penyebabnya individu yg jahil ttg agama n mudah terjerumus ke arah kesesatan ni

AngahSayang2314 said...

salam

angah ada dapat gak dalam FB apa2 pun thanks for info

zalizalu said...

notami:.. huuhu.. thanks2... saya sokong... sepatutnya mereka kena paham agama... praktikkan dulu...baru boleh salahkan orang lain...

nizam:.. saya pernah dengar bahawa hadith yang kata nabi kena sihir.. tapi kalau tak silap, semua berpendapat bahawa sihir itu tidak memberi kesan pada Nabi s.a.w dari segi fizikal, mental dan spiritual.. sejauh manakah kekuatan jin dan syaitan sekiranya tidak diizinkan Allah?
kenapa pula bush langsung tak kena sihir semasa hendak ke indonesia dulu? huhu...
kalau sihir tu berkesan ke semua umat islam, baik mereka letak jer air tu dalam punca air.. senang kan kerja mereka... wallahualam..

myzul:.. betul tu.. individu itu sepatutnya lebihbelajar agama... orang jahil akan selalu ditindas...

angahsayang2314: huhu.. tapi saya hanya memberikan pendapat berdasarkan hukum alam... saya kurang arif sangat pasal alam ghaib ni... cuma nak tegaskan, supaya jangan terlalu tksub dengan menda nie... :P

*mintak maaf kalau ad yang tersinggung.. saya hanya meluahkan apa yang termampu.. dengan sedikit ilmu nie..*

-Incek Fik- said...

Cilaka sungguh musuh Allah nie nak tumbangkan umat Islam... Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara durjana sebegini...

duniajam said...

Bagus entry ko ni bro. Jelas... Mmg org camtu target depa. Lebih senang nak kristiankan org berbanding org yg paham agama.

Aku dengar ceramah 2 org bekas paderi. Ngeri gak dengar.

elya khadijah said...

salam..

thanks ats perkongsiannya..

that's true..kdg2 kita terlupa semua ni Allah punya kuasa..Klu Allah nak benda tu tjdi maka jadilah..

wallahu'alam.

Anonymous said...

menakutkan..
tapi holi water ni xleh lawan kehebatan bacaan air yasin dan al fatihah.. insyaAllah..

dgurlinred said...

sama-sama la kita berdoa semoga Allah membuka hati-hati mereka yang dikaburkan oleh golongan-glongan ini..

air atau tidak itu soal kedua!! yang penting kukuhkan iman!!

zalizalu said...

F.I.C.K.R.Y: heheh... yang penting kita kena mantapkan iman dulu... takleh salahkan mereka gak sebab tu dah kijer mereka.. cuma minta dilindungi.. :P

DJ: hahaha.. thanks dj lawat blog aku nie...pernah jugak dengar ceramah2 dari bekas paderi nie... tp kebanyakkan bekas paderi ni adalah orang yang "alim" semasa mereka dalam agama mereka... tuhan beri hidayah kepada mereka..alhamdulillah

nisa90: thanks2.. kita kena yakin Allah lebih berkuasa dari mana2 makhluk

ladybird: alfatihah dan yassin tu antara surah2 yang perlu diamalkan... banyak kelebihan.. tak mungkin holy water boleh gelapkan kita kalau selalu beramal dengan kalam Allah

dgurlinred: betul tu... air tu hanyalah makhluk... yang penting amalan kita.. kalau lah benar air tu memang hebat, persiapkam diri dengan amal yang cukup.. :P

tinmirah said...

terima kasih yup maklumat itu :)

Anonymous said...

betul2.. setuju. Allah la yang maha berkuasa atas segala2nya.. :)

Alessandro said...

Gambar paderi yang ada di dalam gambar itu bukan paderi Melayu, mereka adalah Rev.Father Paulus Toni Tantiono dari Pontianak, Kalimantan dan Rev.Father Nicholas Stephen dari Penampang, Sabah yang sekarang melayani di St.John Parish Tuaran. Jelas disini, ini merupakan fitnah semata-mata. Gambar kedua-dua orang Paderi ini telah dimanipulasi oleh orang yang tak bertanggungjawab. Terima kasih.

Alessandro said...

Holy water tak pernah dijual sama sekali samaada di dalam gereja atau luar gereja. Penjualan holy water merupakan satu penipuan oleh golongan tertentu dan holy water digunakan di dalam gereja sahaja, dibawa balik ke rumah oleh orang-orang kristian untuk kegunaan sendiri dan tak pernah dikomersialkan sebab ianya bukan untuk dijual.

Alessandro said...

Maaf, tetapi link gambar yang mengatakan bahawa holy water itu dijual adalah salah sama sekali, perhatikan dengan saksama, web site itu tidak sama sekali menjual holy water, mereka menjual tempat untuk menyimpan holy water sahaja, sebab itulah pembelian harus dibuat dalam kuantiti 12, sebab ianya hanya botol biasa yang dipelbagaikan coraknya khusus untuk menyimpan holy water dan bukannya ada dijual bersama dengan holy water kerana holy water tak pernah dijual dimana-mana sekalipun. Harap maklum.

zalizalu said...

terima kasih untuk info itu alessandro...
maknanya isu holy water ni memang jelas satu konspirasi..