as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, April 12, 2012

bala ohh bencana

assalammualaikum.... 


pada zaman dahulu, ada sebuah kerajaan yang hidupnya aman damai. walaupun negaranya miskin, semangat kenegaraan mereka amat kuat. andai kata ada satu perlawanan, pastinya disokong padu oleh rakyat jelatanya. 


pernah suatu ketika, datang sebuah bencana meranapkan sebahagian negeri mereka. makan banyaklah nyawa-nyawa terkorban pada waktu itu. ramailah rakyat bersedih akan kejadian itu. selang beberapa lama, negara mereka pulih kembali. hiburan lantas menguasai negeri dan memori bencana lupus ditelan waktu.


tiba-tiba, berlaku satu petanda munculnya satu lagi bencana, serupa dahulu. ada pun raja dan rakyatnya terlalu risau akan bencana. semalaman berjaga. kononnya bencana sudah hampir. maka berduyun rakyat jelata mempersiap. berdoa bagai amalan setahun lamanya supaya selamat seluruhnya dari binasa sang pencipta. 


 tatkala selesai lalu bencana pun pergi entah ke mana. begitulah raja dan rakyatnya. kembali seperti biasa. menjadi pelupa sejati. kecuali kumpulan itu. mereka tetap sama kedudukannya. tiada beza sebelum dan selepas. 

maka berkatalah raja, "sesungguhnya tatkala bala Allah menimpa,maka semua sedar kewujudanNya. malangnya. tatkala ia pergi,maka dibawa bersama keinsafan itu".


adakah manusia diperintah allah untuk hanya takut pada citaannya atau takut pada penciptanya?
tsunami hanya ciptaannya...


No comments: