as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, December 23, 2010

aku benci politik


assalammualaikum... sini ada sedikit pengumuman.. bermula pada hari ini, entry baru hanya akan di pos pada hari jumaat sahaja... ini kerana aku tidak mempunyai masa terluang.. (kononnya aku ni sibuk sangat).. hahaha.. jadi mungkin dalam satu hari yang sama, post aku akan menjadi 2,3 atau mungkin 4.... harap maklong... :)
















gambar dicuri dari blog senjaliza.blogspot.com :)

ok hari ini aku akan poskan topik berkaitan politik dan rakyat malaysia... "aku benci politik". oh, bukan aku yang benci politik.. tapi orang lain.. ramai sangat yang benci politik, dan lagi ramai yang tak minat politik.. kenapa, siapa, dimana, apa dan bagaimana? banyaknya soalan.. rasanya bukan semua soalan diatas dijawab.. tapi jom kita tinjau apa yang aku dapat dari pemerhatian aku..
























Siapa:
1- sebahagian penduduk malaysia

dimana:
1- seluruh malaysia

Ayat-ayat benci politik:
1- aku benci politik
2- politics are sucks
3- aku tak campur hal politik
4- hari-hari masalah politik/ sikit-sikit politik, bosan aku
5- etc

kenapa:
1- sikap ahli politik yang kurang ajar, tamak, rasuah
2- konflik dalaman dalam sesebuah parti
3- muak dengan lakonan dan sandowara politik
4- trauma melampau (cth: kejadian buruk seperti menjadi masa gas pemedih mata ketika lalu lalang)
5- meluat dengan perangai pengikut yang taksub
6- tidak tahu hendak menyokong negara
7- tak kisah apa jadi pada negara
8- etc








antara tiga tokoh yang mendokong parti utama di Malaysia: dari kiri Tuan Guru Nik Aziz, Najib Razak dan Anwar Ibrahim


pendapat aku:

kenapa perlu benci politik? kenapa? bagi aku, orang yang benci politik adalah orang yang paling teruk. sebab mereka sebenarnya tak faham apa itu politik... politik dalam diri, politik dalam keluarga dan politik dalam negara.. politik dalam diri iaitu untuk memilih mana-mana buah fikiran untuk dijadikan tindakan. politik dalam keluarga iaitu sistem kekeluargaan, ayah, ibu, anak dan tugas masing-masing.. dalam sesebuah keluarga ad masalahnya, masalah kewangan, kepercayaan, curang dan sebagainya.. begitu halnya juga dengan politik dalam negara... pemimpin, menteri, wakil rakyat, dan tugas masing-masing... masalah seperti rasuah, taksub dan sebagainya adalah satu penyeri dalam dunia politik...















keluarga yang baik datang dari sistem politik (kekeluargaan) yang baik


bagi aku, negara yang tiada politik atau lebih tepat sistem pemerintahan akan menjadi tidak berkuasa, huru hara dan mundur.. bagi aku, keadaan politik di malaysia masih stabil.. pemimpim parti politik pun kelihatan bagus-bagus. kalau ada yang tak bagus, bukankah kita(orang-orang yang benci politik) patut bekerjasama menjatuhkan beliau? bahkan, dalam islam pon ditekankan politik...










penyeri atau spoiler?. dari kiri: Zaid Ibrahim dan Saiful Bukhari

saranan aku, kepada yang benci politik tu, fikir-fikirkan lah... apa akan jadi kalau rakyat sendiri tidak fikirkan keadaan negara...


5 comments:

LadyBird said...

salam zalizalu..
bagi akak.. politik ni perlu dan teramat penting dalam kehidupan..
Walhal Islam sendiri menitik beratkan politik..
Politik teramat penting dalam kehidupan untuk mengatur ummah supaya lebih terarah dan bersistem.. supaya hidup lebih bermakna dan bermatlamat..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam zalizalu, nice entri.betul tu, sy setuju.

Rasulullah sendiri berpolitik membangunkan negara Islam Madinah. Hijrah nabi ke Madinah salah satu permulaan kepada politik Islam kerana semasa di Mekah Syariat Islam tidak dapat dijalankan dengan sempurna akibat tiadanya kuasa.

Politik itu suci kerana ia sebahagian daripada syariat, tetapi kelihatan kotor kerana sebahagian kecil ahlinya yang mengotorkan kesucian politik itu sendiri. Islam sudah menggariskan Siyasah syari'ah untuk panduan umat.

New Hope said...

politik membezakan mahasiswa kuota dan mahasiswa sebenar

WOO 30 863 PMR dapat 9A

dayah SnoW Heuka said...

warna warni politik ehee

zalizalu said...

haha.. bagi saya, politik ini suatu cara untuk kita mengembangkan pengaruh negara... cara untuk berdakwah...dan macam2 lagi...