as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, August 4, 2011

seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing

assalammualaikum.. apa khabar? selamat berpuasa diucapkan kepada semua. macam mana puasa kali ini? berapa banyak duit dah dihabiskan di bazar ramadhan? hehe


hari ini aku nak bercerita mengenai haiwan.. bagaimana nilai haiwan disisi manusia.. ramai yang pelihara binatang, pelihara kucing, kambing, unta dan sebagainya... namun, sedar atau tidak, haiwan juga adalah makhluk hidup yang dicipta Pencipta dan patut dilayan sebaik mungkin.. 
______________________________________


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ   


Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.” 


Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya makan serangga bumi.”   Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Surga dan Neraka pada solat gerhana. 


ini adalah seekor kucing
Dalam Shahih Bukhari dari Asma binti Abu Bakar bahawa Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang ertinya: “Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”   


Muslim meriwayatkan dari Jabir hadith Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. 


Ini menunjukkan kerasnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam pasti ia merasakan haus dan lapar dengan suara pilu meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impian kucing. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras dan membatu. 


Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam telah menyampaikan kepada kita bahawa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya dari hidup, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang boleh menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Allah telah menyediakan rezki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.   


arnab-arnab ni diberi makan yang cukup oleh tuannya :3
Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Surga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat solat gerhana.   Pengajaran yang boleh kita perolehi:Besarnya dosa orang-orang yang menyeksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita ini masuk Neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.Boleh menahan/mengurung binatang seperti kucing, burung, ikan2, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rizkinya sendiri.Hati yang keras dan tabiat yang buruk boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam Neraka

3 comments:

hidayah said...

aku dah bace dulu la sebelum ko hit shoutmix aku

LadyBird said...

doa makhluk yg teraniaya dimakbulkan Allah..
maka berbuat baiklah kepada semua makhluk.. samada binatang atau tumbuhan..

deqx mah said...

ya allah