as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Friday, July 8, 2011

ulama masuk umno: pendapat aku

assalammualaikum... apa khabar semua? mintak maaf kerana lama kurang aktif dalam beberapa minggu terdekat ini...

dalam beberapa hari ini, kecoh mengenai ada beberapa ulama masuk umno.. ada yang bangkang, ada yang setuju.. namun aku ada pendapat aku sendiri... dalam beberapa blog pro pembangkang, aku lihat ramai seolah-olah menentang ulama masuk umno.. pelbagai spekulasi dibuat di ruangan komen... antaranya mengatakan bahawa ulama ni gila pangkat, dan segala bagai...



namun, bagi aku, ini adalah sesuatu yang sihat.. ini kerana, beberapa ulama atau ustadz yang terlibat dalam memasuki umno bukanlah calang-calang.. aku pernah tengok salah seorang ustadz yang menyertai umno membuat kenyataan mengenai video seks mirip anwar ibrahim... ternyata dia tidak memihak kepada kumpulan mereka... bahkan dia pernah membidas kenyataan seorang menteri....

andainya benar ramalanku ini, maka, mungkin umno akan berpaksi kepada islam sebenar... sekiranya itu berlaku, maka perjuangan pas dan umno akan serasi.... mungkin mereka bergabung.. mungkin mereka akan tetap berlawan.. cumanya apa yang terlintas di fikiranku, akan wujud perlawanan atau politik sihat antara dua parti sekiranya mereka berpaksikan kepada islam..

jika mereka ini berjaya, umno akan menjadi bersih... tapi kena ingat, perjuangan nak tegakkan islam tu susah.. terutamanya dalam bahtera umno... kita lihat bagaimana dahulu Pak Lah seolah-olah dibenci oleh awak-awaknya sendiri sewaktu menjadi perdana menteri... dalam konteks ini, aku lihat Pak Lah paling menampilkan ciri-ciri islamik berbanding mana-mana perdana menteri SatuMalaysia... namun beliau seolah olah ditentang oleh orang sendiri... jadi amatlah sukar nak mewujudkan nilai islam dalam umno...

jadi, dengan kewujudan ulama ini, maka diharapkan supaya islam akan tumbuh dan bercambah dalam umno

biji dah ada, tapi kena siram dengan air, baru bercambah... dah bercambah, kena lah kekalkan nutrisi...tak gitu?

akhir kata, semoga ulama-ulama yang menyertai umno itutetap dan tegas dalam menyampaikan seruan Allah... semoga tidak menjadi seperti imam dan ustazah glamor tu...habis hancur

aku berharap semoga mereka akan berjaya:

1- menasihati pimpinan Umno agar diri sendiri dan keluarga menutup aurat dengan betul.

2- menasihati kerajaan pusat supaya mengarahkan syarikat GLC atau GOC membayar zakat 

3- menasihati kerajaan supaya menggunapakai Hukum Islam secara menyeluruh.?

4- menasihati kerajaan pusat supaya menukar sistem ekonomi dan kewangan negara dari berasaskan riba kepada bebas dari RIBA

5- menasihati kerajaan pusat supaya mengguna pakai Hukum Islam dengan menghapuskan undang-undang Lord Reid

6- menasihati kerajaan pusat supaya menghapuskan lesen judi, arak, rumah urut, kelab malam dan pusat-pusat maksiat

7- menasihati kerajaan pusat supaya memerintah dengan adil dan tidak mendiskriminasikan kerajaan negeri-negeri PR



No comments: