as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Friday, May 6, 2011

Hebat : Minyak dunia turun, minyak malaysia naik!

assalammualaikum

Hebat. Aku taktahu nak cakap macam dah. Negara aku mempunyai pemimpin yang unik. Mereka suka cakap terbalik. Dan mereka juga suka membuat perkara yang terbalik. Kata mereka harga minyak ron 97 ikut pasaran semasa. Kalau minyak dunia naik, maka ron 97 akan turut naik. Baiklah keratan printscreen ini membuktikan perkara yang sebaliknya

Minyak dunia turun. Malahan untuk kali keempat berturut-turut. Ini pelik. Tapi di malaysia kita membaca ia sebagai minyak dunia naik. Aik.. adakah ada bahasa baru yang aku taktahu disini? Tak silap aku pemimpin aku ada ajarkan aku begini ;



Kalau harga barang naik.. jangan sebut harga barang naik tapi sebut penyelarasan harga..

JADI Adakah ini bermaksud kalau harga minyak dunia turun, maka kerajaan akan anggap ia sebagai satu kenaikan? Hermm entahlah. Harus tunggu kata putus najib terlebih dahulu. Esok dia akan muncul di radio. Wajarkah aku tanya kan soklan neh kepada dia esok?

Disini ada bukti harga minyak dunia turun pada hari bn menaikkan harga ron 97 di malaysia.



3 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 107.65

5 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 106.42

Nampak tak kat mana point yang aku tak puas hati kalau RON97 naik harga.Kalau betul-betul ikut harga pasaran semasa mana boleh jadi ini macam beb.Ni dah melawan fitrah alam.Kena tipu hidup hidup la nampak gayanya.Adehh

Pelik betul orang Malaysia ni kan? Benda macam ni tutup mata,dekat media massa tak ada pun keluar pasal harga minyak naik,tapi bila benda benda porno,cepat saja.Adehhh.Tak lama lagi lah ertinya dunia ni.

3 comments:

ISA said...

Salam bro;

Itulah buktinya hanya keraaa jaan barisan nasional sahaja yang mampu memerintah malaysia... sebab diorang memang HEBAT....

Raden said...

BN kalau berniaga, kompom x kan rugi, untung memanjang jer, hahahahahahaha

orang panggil aku mun. said...

ertinya dunia ini...(sila sambung tidak melebihi 15 patah perkataan )