as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, May 5, 2011

antara najib, osama dan aku

assalammualaikum kepada semua dan salam satu malaysia kepada najib.. dah agak lama dah aku tak bercerita fasal politik... aku bukan apa, malas nak cerita lebih-lebih, kan keluar plak lagu cinta kristal... hahahaa


semua gempar pasal kematian osama.. ada yang cakap itu satu penipuan.. ada yang percaya bulat-bulat.. contohnya abg najib kita ni... 





_______________________________________________


Kenyataan Najib Dipetik Dari Mstar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

"Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. "Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.

Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

Katanya ketidakadilan tidak boleh diperjuangkan menerusi penggunaan kekerasan atau melalui perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Katanya rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.

Mengulas tindakan pihak Amerika Syarikat itu, Najib berkata walaupun mengambil masa 10 tahun, pihak yang menjadi mangsa akan tetap tuntut pembalasan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas orang awam yang menjadi mangsa pembunuhan.

Menyentuh tindakan rangkaian Al-Qaeda ke atas ancaman keselamatan negara, Najib berkata pada masa ini, tiada ada tanda-tanda yang anggota kumpulan itu berada di dalam negara.

Bagaimanapun, katanya polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengesan mana-mana kumpulan yang mahu mengancam keselamatan negara kerana simpati dengan kematian pengasas kumpulan A-Qaeda itu.

"Ini satu tamparan yang hebat kepada Al-Qaeda, ini bukan bererti mereka akan terkubur sama sekali, kita tidak boleh anggap bahawa segala-galanya sudah pun tamat.

"Tetapi jelas bahawa kumpulan itu hilang kekuatan dengan kehilangan Osama bin Laden yang merupakan sumber inspirasi kepada pergerakan itu," katanya. -BERNAMA

____________________________________________________


ULASAN AKU:


1- abg najib, abg najib... 
selamat ke dunia kalau US berkuasa? selamat ke? tak takut ke nanti SatuMalaysia dituduh ada konspirasi pembekal nuklear pastu kena bom oleh rakan baik sendiri? 


2- abg najib abg najib..... 
abg najib tahu rupanya islam itu menentang membunuh orang awam... jadi, kenapa tak komen tentang US serang negara-negara Islam? bukan kah mereka memulakan serangan terhadap negara-negara  Islam? 


3- abg najib abg najib.... 
abg najib tak faham ke apa itu teknologi kejuruteraan? kalau najib tak tahu, peristiwa 911 itu adalah konspirasi puak-puak US jugak.. sebuah menara yang kukuh, takkan hancur jatuh merudum macam itu hanya kerana dilanggar sebuah jet.. dalam teknologi pembinaan, situasi tersebut adalah salah satu teknologi untuk meruntuhkan bangunan dimana dalam bangunan, dipasangkan satu tiub yang mengandungi gas yang merosakkan struktur bangunan sebelum diletupkan secara perlahan..


4-abg najib abg najib...
abg najib confirm ke osama benar-benar wujud? dan yang dalam gambar tu benar-benar osama? abg najib, lain kali sebelum cakap, sila la buat analisis dulu.. kan tak fasal-fasal abg najib dah jadi bahan sendaan dalam blog... kesian abg najib





ps: haish.. aku bukan apa najib, aku bersimpati dengan nasib ko yang asyik kena baham jer ngan blogger-blogger pro-pembangkang ni... 


lepas ni, sebelum nak cakap apa-apa, sila la blaja dahulu asas matematik, lepas dah mahir, amik fizik... pastu baru boleh komen pasal kejadian 911.. :)


lepas ni, sebelum nak cakap apa-apa, sila la blaja dulu asas mandi wajib, lepas dah mahir, amik fikah, usuludin, tauhid, ibadah dah sebagainya.. pastu baru boleh komen pasal agama... :)

2 comments:

hidayah said...

aku perasan satu benda kat najib ni. dia suka cakap bnda merepek dgn yakin. dungu.

zalizalu said...

terbaik la adan.. ingatkan aku sorang je yang pikir gitu.. hahaha