as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Wednesday, May 18, 2011

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas

Assalammualaikum. Apa khabar semua? Harapnya semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Pada hari ini, aku ingin bercerita tentang satu info tentang kesihatan. Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!.




Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air panas/SUAM selepas makan.



ais, pembunuh dalam senyap


Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!



Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. 



4 comments:

Firdaus Life said...

oh kene minum air panas banyak la pasni.. x gitu piok :D

Tunggu apa lagi. Cepat Pindah !!

zalizalu said...

aku memang minum air panas sokmo.. hahahaha..

SRenungan said...

bahaya ni..kena kurangkan ais..
thanks for the info..

Unknown said...

sedap air tu.
nyUm3