as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Saturday, March 12, 2011

rugi: cerdik, kaya tapi anak sikit



assalammualaikum.. apa khabar? hari ini hari yang amat membosankan.. bos takde, pekerja pun ramai cuti.. sangat bosan.. bosan dan bosan... jadi aku tulis laa entry ini untuk menceriakan hati aku..

seperti yang dimaklumkan, tajuk kita pada kali ini adalah Rugi: Cerdik, Kaya Tapi Anak Sikit.. aku akan huraikan dengan lebih lanjut beserta gambar-gambar menarik untuk memudahkan pemahaman semua...

sekadar gambar hiasan

__________________________________________

anak adalah anugerah Allah yang paling bermakna buat pasangan suami isteri. sebagaimana pentingnya gaji kepada pekerja, begitulah juga pentingnya anak kepada manusia... pentingnya anak-anak kepada kita bukan sahaja sebagai penyambung zuriat, malah sebagai saham di akhirat kelak sekiranya anak itu soleh dan solehah...

anak ramai membawa rezeki












secara genetiknya, seorang anak akan mewarisi sifat-sifat ibu bapanya.. andai ibu bapanya bijak, maka secara logiknya, anak tersebut akan turut mewarisi kebijaksanaan mereka *aku bercakap secara logik. sila jangan kata yang "bukan semua anak cerdik kalau ibu bapa cerdik" * ... jadi, aku rasa, orang-orang cerdik, berilmu, prof-prof, doktor-doktor patut mempunyai anak ramai..

namun realitinya, berapa ramai prof-prof dan doktor-doktor mempunyai anak yang ramai... rata-rata golongan seperti ini hanya mempunyai 1 atau dua orang anak sahaja.. ini ternyata membazir.. membazir kerana malaysia sekarang kekurangan orang-orang yang cerdik pandai(secara genetik lagi) untuk memerintah negara kelak..

kebanyakkan orang-orang kaya, berpelajaran dan cerdik pandai ini merasa rimas dan terbeban dengan anak yang ramai.. sepatutnya pemikiran sebegini dikikis.. anak-anak bukannya beban bagi keluarga... aku percaya bahaya setiap kelahiran anak itu, akan disertakan rezeki bersamanya (insyaallah).. 

tapi mustahil orang-orang kaya, golongan cerdik pandai mempunyai masalah duit. aku percaya, bukan masalah duit yang mereka fikirkan, tetapi masalah sebenar mereka adalah pemikiran sempit mereka (sori orang-orang kaya)... ya, fikiran mereka sempit apabila merasa terbeban dengan anak ramai.. kenapa? sebab orang miskin pun mampu membesarkan anak mereka dengan bagus.. takkan orang kaya tak reti jaga anak mereka? kalau tak reti, buat apa nak jadi kaya dan cerdik pandai? 

jadi kepada ibu bapa (terutamanya yang bergelar sr. , dr. , ir. , prof. )sekalian, ramaikan lah anak kamu.. insyallah setiap kelahiran anak disediakan rezeki.. dan kepada yang bakal berkahwin, fikir-fikirkan lah.. apa-apa pun, jangan buang anak.. ikhlas dari aku

__________________________________________


aku rasa aku nak ada anak ramai... nanti bila aku dah meninggal, aku nak anak-anak aku yang mandikan aku, sembahyangkan aku dan berdoa untuk aku..amin..

4 comments:

Cik Nathrah said...

betol3. diorang bz kot. takut tak sempat nak luangkan masa kat anak2. lepas tu takut terabai. mungkin?

zalizalu said...

cik natrah: hehehe maybe jugak cik natrah..

orang kaya kijer, orang miskin kijer.. orang miskin boleh jaga anak.. orang kaya takleh jaga anak.. T_T

Suka Jam said...

kalau yang kaya isteri dia surirumah sepenuh masa insyaallah berpeluang nak ada anak ramai. Tapi kalau dua2 kerja, payah beb! Payah nak cari pengasuh anak. Takkan nak bagi beban kat mak bapak yang dah tua, ataupun bagi beban kat ma mertua & bapak mertua.. Nak tak nak, anak kena jarak. Kalau dah jarak, anak jadi sikit sebab isteri monopos dlm umor 40an.. hhmmm...

zalizalu said...

apa lagi bro, kawen laa lagi satu... rasanya kalau dah kaya, takde masalah.... boleh amik orang gaji...cari yang melayu...