as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, January 6, 2011

pemandu lori: samseng jalanan sebenar!


assalammualaikum... apa khabar? harap nya semua sihat sejahtera...










tetikus yang baru dibeli


hari ini, hari khamis... dapat gaji.. aku da beli tetikus baru.. yeaaaaah! dah tahun 2011..
tak sedar pon.. terlalu sibuk... baik.. berdasarkan tajuk diatas, aku nak membetulkan persepsi orang ramai tentang "samseng jalanan".











mat rempit yang sering dikaitkan sebagai samseng jalan


selama ini, samseng jalanan sering dikaitan dengan mat motor dan mat rempit.. hakikatnya, mereka ini sebenarnya tidaklah sesamseng pemandu lori.. pelik? tak pelik sebenarnya... ni antara pengalaman aku:

pengalaman 1:
aku dari bandar chukai hendak ke geliga menaiki motosikal, waktu tu hanya aku jer yang ada atas jalan tu.. tak lama kemudian, ada sebuah lori datang dari arah belakang.. lori tu dipandu dengan LAJU.. sampai rapat dengan bontot motor aku.. makin aku laju, makin rapat pula dia.. lepas itu, lori tu himpit aku sampai ke tepi... aku berhenti..lori tu berlalu macam takde apa-apa...

pengalaman 2:
kadang-kadang, aku biasa jalan kaki jer kalau nak pergi ke bandar.. jadi, aku lalu di kaki jalan.. *ruang kaki jalan cukup besar dan jelas.. tetiba lori datang dengan perlahan(tu pun sebab ada lampu isyarat depan tu), menghimpit aku sampai hujung kaki jalan.. mabuk ker?

pengalaman 3:
aku hendak ke syarikat aku kerja(tak jauh dari kejadian berita dibawah).. sebuah lori ada dibelakang aku.. himpit-himpit kereta aku.. dah nak sampai tu aku nak belok masuk kiri, jadi perlahankan kereta sedikit.. tiba-tiba lori tu himpit sampai terlanggar belakang aku.. siap bunyikan hon lagi.. padahal dari awal2 dah beri signal..










lori langgar kereta


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Brek tidak berfungsi

GELIGA – Tragis. Seorang pemuda maut dalam keadaan menyayat hati apabila separuh daripada kepalanya hancur dengan otak serta tempurung kepala bertaburan di atas jalan setelah digilis sebuah lori pengangkut pasir dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan, berhadapan Stesen Minyak Esso Geliga, kira-kira jam 9.15 malam semalam.

Gilisan tayar lori seberat 10 tan di kepala itu menyebabkan sebahagian daripada kepala dan otak mangsa terpelanting bersama topi keledar yang dipakai kira-kira tiga meter daripada badan mangsa.

Difahamkan nahas tragis itu berlaku berikutan kerosakan pada bahagian brek lori itu yang gagal berhenti pada persimpangan lampu isyarat sebelum merempuh dari arah belakang dua penunggang motosikal yang berhenti di sebelah kiri jalan kerana lampu merah.

Berikutan rempuhan kuat serta diseret sejauh beberapa meter oleh lori yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu itu, mangsa, Wan Muhammad Arif Wan Isa, 24, dari Taman Geliga Permai yang juga anak seorang Inspektor Kesihatan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lc 135 maut serta merta di tempat kejadian.

Namun, seorang lagi mangsa yang juga pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun, Muhammad Syafiq Yusof, 21, yang turut menunggang motosikal jenis sama bernasib baik kerana tidak turut sama diseret selepas dirempuh.

Akibat rempuhan dari belakang itu Muhammad Syafiq yang dalam perjalanan kembali ke PSMZA setelah pulang bercuti di kampungnya di Tangkak, Johor terpelanting ke kiri jalan dan patah kaki kanan dan cedera parah di kaki kiri sebelum dikejarkan ke Hopital Kemaman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi, Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar berkata, rempuhan secara tiba-tiba itu turut menyebabkan motosikal yang dinaiki Wan Muhammad Arif diseret sejauh kira-kira 40 meter dari lokasi rempuhan berlaku dan terpelosok di bawah tayar hadapan sebelah kanan lori

Menurutnya, berdasarkan keterangan awal, pemandu lori berusia 33 tahun itu yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Kuantan, Pahang ke rumahnya di Bukit Mentok mendakwa brek lori yang dipandunya mengalami kerosakan sehingga dia gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

“Sekarang pemandu lori yang berasal dari Bakau Tinggi itu kita tahan untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, katanya, jenazah mangsa dituntut kira-kira jam 9 pagi oleh ahli keluarga sebelum dikebumikan pada waktu tengah hari.

petikan dari Sinar Harian : [Link]

------------------------------------------------------------------------------------------------

aku bukan kata semua pemandu lori tak beretika.. tapi kerana segelintir, habis rosak nama pemandu lori.. aku tahu, pemandu lori terutamanya lori penghantaran perlu cepat, tapi perlu diingatkan, jangan sampai merbahayakan orang ramai...

lagi satu, pemilik lori perlu memastikan brek lori mereka berfungsi dengan baik.. perlu diuji sebelum memulakan perjalanan.. lori kenderaan yang berat.. momentum yang dihasilkan amat tinggi sehingga memerlukan sedikit masa dan jarak untuk berhenti... jadi jangan pandu terlalu laju...









lori jkr langgar teksi


pengusaha syarikat bas juga perlu memastikan pemandu lori tidak mengambil sebarang benda yang memabukkan seperti pil kuda, arak dan sebagainya.. mana-mana pemandu yang tidak mematuhi arahan hendaklah dipecat..

sekian terima kasih

4 comments:

dayah SnoW Heuka said...

kesimpulannya mmg lori la samseng jalanan hehe.. mentang2 la besa

Suka Jam said...

memang samseng giler!!

adanhayad said...

mangkuk punya segelintir pemandu lori yang tak tau adab!

zalizalu said...

tu la... susah nak kawal sebahagian nyer ni... susah-susah.. tetapi sekarang ni kalau diperhatikan, dah banyak syarikat2 letak contact number mereka untuk sebarang aduan mengenai pemanduan lori syarikat mereka.. :)