as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Friday, February 25, 2011

Dia pandai, bukan cerdik


Assalammualaikum… apa khabar? Sejak akhir-akhir ini, aku dah mula menyibukkan diri aku dengan pelbagai kerja.. pagi hari cuci kereta, petang pula jongging.. malam, urus kelurga…blog ni susah sikit nak update..
Hari ini, hari jumaat.. hari mulia..aku nak membincangkan satu perkara yang amat penting.. tapi tak penting sangat macam pentingnya rosmah kepada najib.. haha, ops… jangan saman aku.. aku hanya bergurau..

Tajuknya ialah seperti diatas… perbezaan antara pandai dan cerdik…apa itu cerdik? Apa pula pandai? Tak sama kah pandai dan cerdik? Siapakah yang pandai? Siapa pula yang cerdik? Siapakah yang patut memiliki kedua-duanya sekali?

Pandai
  1.  Dari Kamus Dewan, pandai bererti 2.bijak,cekap,mahir
  2. Kalau orang pandai ini, memang hebat… boleh berjaya dalam peperiksaan…

Cerdik
  1. Mengikut Kamus Dewan, cerdik bermaksud 2. banyak akal,licik,tahu tipu muslihat,pandai putar belit;
  2. Kalau orang cerdik ini, lagi hebat.. boleh jadi macam-macam.. boleh jadi menteri besar, boleh jadi wakil rakyat, boleh jadi PERDANA MENTERI…

_________________________________________
Kategori orang:

Pandai tapi tak cerdik
  • Orang  sebegini, memang hebat dalam pelajaran/bidang mereka.. belajar ke luar negara, Australia laa, New Zealand laa, Korea laaa, Bangladesh laa etc etc… tapi gagal uruskan hidup sendiri..
  • Sikap dan sifat: ego, sombong, bongkak, malas dan sebagainya
  • Pendirian: taksub(mendengar cerita dari satu pihak sahaja), pendapat orang terdekat/tersohor selalu betul..
  • Tak suka dikritik


B-      Cerdik tapi tak pandai
  • Orang macam ni memang banyak.. contohnya wakil-wakil rakyat di Malaysia… tak perlu sampai keluar Negara.. hanya perlu bijak berkata-kata
  • Sikap dan sifat: selalu mengambil peluang dalam apa jua keadaan, bijak mengatur strategi, pandai berkata-kata dan bermain emosi
  • Pendirian: selalu berubah-rubah.. seperti rubah..menipu tangga kejayaan(sebahagian orang shj)
  • Menerima kritikan dan membalas balik sama ada dengan cara positif atau negatif.


C-      Cerdik dan pandai
  • Orang macam ini adalah tokoh terbaik untuk mengantikan menjadi Perdana Menteri Malaysia.. mereka berilmu pengetahuan, dan bijak menyusun kata…  sikap, sifat, pendirian adalah stabil.. jadi mereka sangat sesuai memegang jawatan-jawatan tinggi dalam Negara..

D-     Tak cerdik dan tak pandai
  •       Orang macam ini memang malang… kadang-kadang, belajar sampai ke luar Negara(tajaan mak bapak kaya) tapi tetap tak cerdik dan tak pandai(bodoh).. kalau orang macam ini memegang jawatan penting dalam Negara, sesebuah Negara itu boleh bankrup..

_________________________________________
 “Gabungan orang cerdik dan orang pandai hanya menguntungkan orang cerdik”
Ada empat orang penulis buku terkemuka iaitu A, B, C dan S menulis beberapa usul tentang sesuatu.. mereka ini memang pandai dalam bidang masing-masing.. cukup tersohor dikalangan rakyat..ada pula seorang penerbit X yang berminat dengan hasil A,B,C dan S tadi.. maka dia pun bercadang membeli keempat-empat tulisan tadi dan mengolah sedikit lalu menerbitkan sebuah buku yang terpampang di  kulit buku:


_________________________________________
Persoalan sekarang:
  • Sendiri: Dimanakah aku dalam kategori ini?
  • Manusia: Berapa ramaikah manusia yang sedar mereka tak bijak tetapi pandai?
  • Manusia: Berapa ramaikah manusia yang bijak tetapi berlagak pandai?
  • Manusia: Dan berapa ramai pula manusia yang bodoh tetapi berlagak bijak dan pandai?
  • Politik: Adakah mereka yang berperanan dalam Negara memiliki kelayakkan sepatutnya?

1 comment:

Firdaus Life said...

ahaks best gak bace sal cerdik dan pandai ni