as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Tuesday, August 17, 2010

hukum kumpul duit lama dan bernombor siri cantik













Assalamualaikum..baru-baru ini(tak baru jugak laa) aku mula mencari-cari koleksi duit lama..sebabnya, koleksi duit lama ni memang berbaloi untuk dikumpul memandangkan harganya makin lama makin meningkat.. tambahan pula, ramai collector yang aktif mengumpul duit lama ini. ada juga yang mengumpul wang kertas berdasarkan nombor siri yang cantik. ades, skemanya ayat..

tetiba terfikir pula apa hukum jual beli dan mengumpul duit lama dan duit yang bernombor siri cantik ini.. kerana yang kita kumpul sekarang ni adalah duit, medium jual beli... so, aku pon cari-cari jawapan untuk ini.. nak letak hukum sendiri, memang tak lepas lagi ilmu aku ni.. meh kita tengok jawapannya..

Jawapannya :

Menurut pandangan saya yang tidak seberapa ini, orang yang suka mengumpul duit-duit lama sebagai koleksi adalah harus dan duit tersebut tidak lagi mempunyai nilainya seperti waktu ia diperdagangkan. Duit lama tersebut mempunyai nilainya tertentu kerana ia menjadi antik dan sudah pasti harganya melonjak tinggi dari nilai sebenar duit tersebut. Yang menjadi riba ialah apabila duit itu diperdagangkan dan masih digunakan lagi dalam muamalah negara tersebut. Contohnya kalau orang tersebut membeli duit seringgi dengan nilai seratus ringgit, maka itu menjadi riba disebabkan ada unsur lebihan dalam nilai sebenar duit tersebut. Masalah beli duit kertas baru yang mempunyai nombor siri menarik dengan harga yang tinggi dari nilai duit tersebut. Di sini saya mempunyai dua jawapan iaitu :

1. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dijadikan perhiasan dan koleksi, maka ia menjadi harus, kerana duit itu tidak diperdagangkan untuk jual beli barangan keperluan.
2. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dibeli dengan nilai harga yang tinggi dan digunakan dalam jual beli barangan, maka itu menjadi riba kerana ada unsur lebihan di situ. Begitu juga kepada orang yang mula-mulanya berniat untuk menjadikan duit yang mempunyai nombor siri menarik itu sebagai koleksi, tetapi orang tersebut tukar niatnya dan menggunakan duit tersebut untuk diperdagangkan, maka ini menjadi riba dan haram.


Harus kepada orang yang ingin melancong atau umrah ziarah menukar duitnya untuk urusan jual beli di negara tersebut. Ini bersesuaian dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum :

1. Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
2. Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat, bukan untuk mencari keuntungan semata.
3. Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
4. Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.


Kesimpulannya

Wang kertas yang lama atau antik dibeli dengan harga yang mahal untuk dijadikan perhiasan adalah harus kerana wang tersebut tiada nilainya lagi dan ia di nilai seperti barangan perhiasan. Harus juga bagi sesiapa yang suka menyimpan duit yang mempunyai no siri yang cantik dan menarik untuk dijadikan perhiasan dan koleksi. Haram dan riba bagi duit yang dijual dengan harga yang mahal untuk tujuan muamalah atau urusan jual beli, kerana disitu terdapat unsur lebihan.

Link http://www.ustaznoramin.com/2010/07/hukum-mengumpulkan-duit-kertas-baru.html

3 comments:

Mardhati Husna said...

wah3...terer bab2 hukum ni..teruskan usaha meningkatkan ilmu hukum.. ikhlas..

zalizalu said...

tak pandai jugak tina.. mintak jugak pendapat orang2 tertentu, buat research skit.. review jugak pages2 ustadz2.. hehe.. thanks.. :P

Naz said...

Harus kalau jual/beli duit tu asalkan tiada unsur penipuan,harga berpatutan dan kedua2 belah pihak bersetuju. Saya pernah ajukan soalan seprti ini kepada pihak JAKIM. Sila rujuk JAKIM semula untuk kepastian...