as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Saturday, August 21, 2010

Semut Dan Gajah

Assalamualaikum... hari ini aku ad satu cerita menarik... tak tahu lah menarik ke tak bagi orang lain... tapi bagi aku macam menarik...

Kisahnya bermula pada hari khamis lepas iaitu pada 19hb ogos 2010, kawan-kawan aku ada ajak aku untuk berbuka puasa bersama mereka.. makan piza... erm.. sambil2 makan, kami berbual laa pasal dunia sekarang...

sedang cakap2 tu, aku terpegum dengan satu frasa yang cukup mendalam.. chewah, skemanyer... apa dia ayat tu? ayat nya :

"orang macam kita ni semut, bergaduh buat cara semut, tak susahkan orang lain. tapi gajah, kalu bergaduh habis hancur satu kampung, menyusahkan orang lain."

apa maksudnya? huhuhu.. mendalam giler bagi aku... maksudnya,kita ni orang kebanyakkan, orang yang takde pangkat kalu buat apa-apa keputusan, hanya kita dan beberapa orang jer yang merasa kesannya.. tapi kalu gajah - orang atasan, berpangkat, perdana menteri, menteri-menteri dan sebagainya- kalu buat apa-apa keputusan, satu negara/negeri merasa.. dan kalau laa pula keputusan tu beri kesan buruk, semua terseksa..
habis satu kampung ranap...


















comeynya semut ni bergaduh.. takde babitkan mana-mana pihak



ter"kagum" pula aku dengan kawan aku nie... sebab apa? sebab sebelum ni, kita, khususnya aku tahu menda tu berlaku tapi macam tak berapa sedar.. kalau dalam negara malaysia yang tercinta ni [ayat ampu skit], memang nampak sangat lah aplikasi ayat nie dalam kehidupan seharian.. kenaikan kadar tol, kenaikan harga minyak, kadar cukai yang tinggi, AP kereta, bla3.... malas aku nak hurai panjang-panjang pasal masalah tu semua.. kalau nak tahu lebih lanjut, sila-sila lah cari sendiri...


















dua ekor gajah sedang berlawan.. kita semut dalam tanah habis kena pijak


berbalik kepada tajuk asal, orang-orang yang berasa mereka "besar" macam gajah ni, kena laa ingat dan ambil tahu jugak keadaan semut-semut macam kami ni... sekurang-kurangnya, faham keadaan rakyat yang bukan semua senang...aku tahu, mereka takde masa pon nak baca blog aku nie, malah tak penah dengar kot nama blog aku nie.. tapi aku tulis jugak.. sekurang-kurangnya tertulis jugak apa yang ada dalam kepala aku nie...

da pagi dah... rasa macam nak tido pulak... hehee...terima kasih kepada yop, ameng(faina) dan palek kerana memberikan aku idea (dan belanja piza)

3 comments:

AngahSayang2314 said...

salam ramadhan 14

angah singgah sini & follow u jom kalau senang kita tukar2 link
i followw

sweet-ladybird said...

nak jadi semut jerk..

zalizalu said...

tak salah jadi gajah kalau kita rasa kita mampu.. adalah lebih baik sekiranya kamu;seorang yang mampu, menjadi gajah; dari orang yang tak mampu memijak kita..

adess, jangan gaji gajah betol sudah :P