as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, February 3, 2011

hikmah penciptaan lalat

assalammualaikum..





















orang memandang bahawa lalat datang hanya untuk mengganggu ketenteraman mereka,tapi di sebalik itu ada juga hikmahnya. diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap dibahagian mukanya. dengan cepat Al-Mansur menghalaunya, lalat itupun terbang. sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. sehingga akhirnya , Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti. Dia berfikiran:”kalau macam ini lalat itu betul-betul merosak, tidak ada gunanya langsung.”

kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq: ”wahai Abu Abdullah! untuk apa Allah menciptakan lalat?”

“agar dengan lalat itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.” jawab Jakfar Shadiq.

mendengar jawapan itu, Al-Mansur diam. dengan jawapan itu pula Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang kepala negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.


4 comments:

... said...

as salam..
syukran..terima kasih keran menmperingatkan sekali lagi :)
nak olah entri ni jadi entri yang menarik ;0
syukur alhamdulilah..

duniajam said...

terima kasih..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam, kisah yang menarik. Lalat mengajar seorang raja yang sombong.

Suka Jam said...

Uih.. betul tu.. Insaf dah ni..