as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, July 26, 2012

bukan semua orang senang

copied from one of the IIUM's lecturer's status..sgt tertarik dgn status beliau..sbg peringatan untuk kita bersama..:)

Ada kawan bertanya saya, kenapa rumah you tak ada air-cond? Bukan mahal pun air cond sekarang ni." Jawab saya, memang betul, tak mahal..tapi saya tak mahu nanti kalau anak2 saya pergi rumah saudara mara yang tak ada aircond, mereka bersungut panas dan tak boleh tidur. Saudara mara dan sahabat handai kita, bukan semuanya orang senang."
Org tanya saya, 'kenapa tak ambil org gaji? tak lah penat sangat you uruskan anak2." Saya beritahu dia, "saya tak tahu siapa bakal menantu2 saya nanti. kalau dapat menantu anak org kaya, mungkin dia boleh carikan pembantu rumah utk anak perempuan saya, tapi kalau menantu saya nanti dari keluarga yg susah, macamana? biarlah anak2 perempuan saya buat kerja dengan tangan mereka sendiri."

Mungkin ada yg mencemuh, apalah dr Fauziah ni asyik cakap pasal anak2 dia hari ni. kepada yg nak mencemuh atau mencemik, tak payah baca status ini.tapi post ini saya tujukan utk pelajar2 saya yg baru nak menjadi ibu dan ayah. the moral of the story is, berfikirlah utk sekurang2nya 10 tahun yg akan datang bila kita mendidik anak2 kita.