as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Monday, January 9, 2012

Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat

assalammualaikum


Anwar gembira, janji teruskan perjuangan


2012/01/09

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjuangan seterusnya selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya ialah membebaskan rakyat daripada penindasan.

“Hari ini saya dibebaskan...perjuangan selepas ini adalah untuk membebaskan rakyat daripada terus ditipu kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata ketua pembangkang itu di hadapan penyokongnya di tempat letak kereta pekarangan mahkamah.
Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya berucap ringkas selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Beliau turut berterima kasih kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ahli keluarganya yang memberikan sokongan padu sepanjang perbicaraan kes liwat itu berlangsung.

“Saya juga berterima kasih dan sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh barisan tertinggi kepimpinan parti pembangkang terutama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turun padang sama-sama memberikan sokongan kepada saya hari ini,” katanya.

Anwar turut berterima kasih kepada barisan peguamnya yang diketuai Karpal Singh, yang disifatkannya sebagai barisan peguam yang handal.
Sementara itu, kerjasama yang diberikan oleh pihak polis bagi menjamin kelancaran perhimpunan hari ini turut diberikan penghargaan oleh ketua pembangkang itu. 

Sebagai penutup ucapan beliau, Anwar dengan tegas melaungkan akan membebaskan rakyat daripada kemelut ekonomi dan hak kebebasan suara yang dituntut rakyat ketika ini.

Malam ini, Anwar bersama penyokongnya dijadual bertolak ke Permatang Pauh bagi meraikan kejayaan kes berkenaan.



sumber: disini 


alhamdulillah... 

1 comment:

Unknown said...

Salam bulohhijau,
Blog hang dah selamat Pak Long linkkan...

Tak lenguh ka burung tu dok berkepak...