as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Wednesday, June 8, 2011

hukum pakai bulu mata palsu

Assalammualaikum. Apa khabar saudara-saudara dan saudari-saudari sekelian? Harapnya semua berada di dalam keadaan sihat semuanya. Pada hari yang mulia ini, aku terasa malas hendak mengutuk kerajaan, Najib dan sebagainya. Maka hari ini, aku nak bercerita mengenai hal-hal yang baik-baik sahaja.

Pada minggu yang lalu, aku banyak mendapat jemputan ke majlis perkahwinan rakan-rakan dan taulan. Maka, dengan rela dalam terpaksa, aku pergi jua kerana dapat mengenyangkan perut aku. Setelah pergi ke dua atau tiga majlis perkahwinan, aku sedar yang kebanyakkan pengantin perempuan membuat sesuatu yang haram iaitu memakai bulu mata palsu. 



pelbagai jenis bulu mata dipasaran

Aku ni pun bukan lah hebat sangat dalam bidang agama tapi Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu. Jadi bagi aku, hanya orang yang mengalami kecacatan sahaja yang memakai bulu palsu-palsu ni.

Secara jujur, aku tidak suka pemakaian barang-barang palsu sama ada bulu mata palsu, rambut palsu, bulu kaki palsu, waima bulu hidung palsu sekali pun. Jadi aku harap agar perempuan-perempuan di luar sana mengambil iktibar di atas nasihat ini. Bukankah kita mahu perkahwinan kita diberkati? Andainya YA, tinggalkanlah perbuatan yang haram dan lagho ini.

lawa ke saya pakai bulu mata?

Sekian terima kasih.

4 comments:

Freaky said...

aku nak pakai gak bole x ? hehe thanx share info ni

Light of Intelligence said...

hahahaha comel <3

juju said...

aduh...aduh...terasa i.yela2..nanti xpakai la..sj je tau bt i rs bersalah.huhu

Light of Intelligence said...

kalau contact lens mcm mane bagi yang x mo pakai spect mcm saya?