as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Saturday, April 30, 2011

bila diri disayangi

assalammualaikum.. kalian semua apa khabar? harapnya sihat semua.. pada hari sabtu ini, saya dengan rendah diri ingin meminta maaf andainya ada orang terasa dengan entry-entry lepas... :O



hari ini, nak cerita fasal sesuatu yang kita tak nampak.. fasal lagu lama-lama.. saya(aku) pasti ramai yang meminati lagu-lagu rock kapak era 80-an dan 90-an.. lagu-lagu mereka memang segar dalam ingatan... dengan irama yang asyik dan suara yang unik ditambah pula dengan lirik yang "layan". namun sedarkah ramai, bahawa banyak lagu-lagu tersebut khususnya lagu-lagu cinta banyak ditujukan kepada Tuhan? sedarkah anda? saya(aku) ambil satu contoh lagu.. 


Bila Diri Disayangi 

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

burung bayan jantan
____________________________________________


nampak? lagu diatas sebenarnya ditujukan kepada Rabbi, kepada Pencipta yang Maha Berkuasa... inilah konsep cinta sebenar yang cuba ditonjolkan zaman dulu-dulu.. :) sekian terima kasih...

2 comments:

Anonymous said...

dhilla suke lagu niy.. dulu dhilla igt lagu ni untuk kekasih die, bile dhilla hayati baru tahu untuk pencipta... sedap2

zalizalu said...

tu la... kadang2 kita terlalu asyik dengan irama... dulu2 pon tak perasan.. lepas dengar berkali2, pastu paham lirik baru la tahu banyak lagu ditujukan kepada tuhan sebenarnya.. :)