Assalammualaikum… apa khabar… memandangkan siri teladan mendapat hit yang agak memberangsangkan, maka aku berniat untuk menerukan ruangan ini… semoga mendapat manfaat bersama… amin..
Seorang cucu Rasulullah s.a.w iaitu Hasan bin Ali r.a pernah membuat seorang Yahuditerpinga-pinga. Ceritanya bermula begini…. pada suatu hari, Hasan keluar dari rumahnya dengan berpakaian kemas, baru dan cantik. Wajahnya pula bersinar dan badanya berbau wangi…. dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang pengemis Yahudi yang tak terurus keadaannya… pakaiannya lusuh dan bertampal-tampal… badannya kotor berbau busuk dan rambutnya kusut.. memang begitulah cara si pengemis menarik simpati orang…
Apabila melihat Hasan yang berkeadaan serba cantik, Yahudi ituterpegun kerana dia pernah mendengar Nabinya orang islam berkata bahawa dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi mukmin….
Yahudi tadi mula berkata, “wahai Hasan cucu Rasulullah”.
“Ada apa?” Tanya Hasan.
“Aku ingin mengatakan sesuatu kepadamu sikit boleh tak?” katanya lagi.
“Boleh saja, apa itu?” Tanya Hasan kembali.
“Dulu aku pernah mendengar datukmu berkata bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagiorang kafir”
“Memang demikian”, jawab Hasan.
“Tapi keadaan sebaliknya.. aku tidak melihat dunia ini melainkan seperti syurga bagimu.. sedangkan kau orang mukmin… aku tidak merasakan dunia ini melainkan sebagai penjara bagiku, padahal aku seorang kafir…”kata si Yahudi.
Terus Hasan menjawab, “ Wahai Yahudi, sekiranya engkau mengetahui akan balasan yang akan diberikan oleh Allah kepadaku di akhirat kelak yang berupa syurga dengan segala kenikmatan dan kecantikan, nescaya engkau akan tahu bahawa keadaanku yang seperti ini adalah penjara bagiku… sebaliknya jika engkau mengetahui akan balasan yang akan diberikan kepadamu yang berupa neraka dengan segala seksaannya, nescaya engkau tahu bahawa keadaanmu yang seperti ini di dunia adalah benar-benar merupakan syurga bagimu…”
*syurga dunia di Satu Malaysia adalah Genting Highland*
No comments:
Post a Comment