as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, October 28, 2010

tragedi oktober

assalamualaikum..

sudah agak lama aku tak conteng apa-apa kat blog ini.. idea tu ada cumanya tak berkesempatan mengisi masa di blog ini..

bila sebut bulan oktober, teringat lagu kumpulan wings @ awie : tragedi oktober...
aku rasa lagu ni best sebab:
1) aku lahir pada bulan oktober
2) juju pon lahir bulan oktober
3) bulan oktober bulan takde banyak kelas
4) etc etc etc...

dengan kata lain, bulan oktober ni memang
best bagi aku... sampai lah pada suatu hari bertarikh 16 oktober 2010, tepat pukul 5.25 aku dapat pangilan dari mak.. katanya "ayah dah takde"
masa tu, aku rasa sebak sangat2.. hadiah berday aku kah nie? tp aku tetap sabar.. dan aku balik.. dan aku...

alhamdulillah, urusan jenazah berjalan dengan lancar walaupun aku tak sempat berbuat apa-apa. masa tu, hanya Allah je tahu apa yang aku rasa.. seorang anak lelaki, sulong, tak mampu berbuat apa-apa.. sewaktu proses pengembumian, aku dalam bas.. masih dalam bas... namun aku tetap bersyukur tiada masalah berlaku sewaktu urusan jenazah..

---------------------------------------------------------------------------

dan hari ini, 28 oktober 2010, along menulis entry ini khas untukmu ayah: Ahmad bin Ali.. sesungguhnya along tak malu mengalirkan airmata untuk pemergianmu... tapi, ayah dah pergi, mana mungkin boleh baca entry ni. jadi along hanya mampu berdoa moga2 ayah diletakkan di kalangan orang2 soleh..













along, mak ngan adik2 sentiasa doakan ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..
kami takkan lupa pesan ayah dulu2... jangan solat tinggal solat, jangan nyusahkan orang lain...jangan gaduh antara adik beradik... insyaallah...

ya Allah, tempatkan beliau di kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.. amiin...

4 comments:

Rose Emely said...

Salam takziah...

Al-Fatihah buat arwah...Semoga dia ditempatkan dikalangan orang² yg soleh dan beriman. aminnn...

duniajam said...

Takziah buat bro,

Moga Allah merahmati rohnya. Moga limpah rahmatNYA kepada keluarga ko.

BUNGA said...

salam..
mudah2an arwah ayah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. InsyaAllah..

LadyBird said...

salam dik, akak baru tahu...maaf.. semoga roh ayah zalizalu ditempatkan di kalangan orang yang terpilih, insyaAllah..sentiasalah doakan.. doa dari anak yang soleh amat diperlukan .. setiap malam tu zalizalu mengajilah..moga2 roh ayah zali sentiasa tenang..insyaAllah..

p/s : tabahkan hati yer dik.. adik org yg terpilih untuk diuji.. banyak ganjarannya.. Allah sayang adik.. tempuhinya dengan tabah.. jadikan ia sebagai pendorong adik untuk terus berjaya.. belajar baik2.. adik anak sulung, lelaki... tanggungjawab adik besar skrg.. tunaikannya.. study bersungguh2..