as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Wednesday, August 25, 2010

Hukum hasil pendapatan dari iklan di blog

assalammualaikum..
sejak akhir-akhir ini, aku memang aktif ber'blogging'. iklan situ, iklan sini, nak cari hasil pendapatan dari blog nie.. untuk pengetahuan pembaca, blog aku ini sudah lama beroperasi, cuma tiada iklan dipaparkan kerana aku ragu-ragu dengan status hasil pendapatan melalui iklan di blog... akhirnya, aku terbaca dalam satu ruangan yang popular.. UZAR..rasanya ramai dah kenal dia... saksikanlah (chewah macam pertandingan bola pula).


SOALAN

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.














jumlah viewer zalizalu.blogspot.com untuk minggu ini. harap ramai yang view untuk baca

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu’ atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.




















beberapa pembaca dari luar negara.. tak tahu plak aku macam mana mereka boleh sampai ke sini



Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter’ atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.









wang yang berjaya aku kumpul setakat ini adalah hampir rm5ribu errr... adalah hampir rm0.00



KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

rujukan : UZAR

12 comments:

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

Info yg berguna...tp cm na ye nk kawal iklan tu? kdg2 ada je iklan perempuan yg tidak menutup aurat..

zalizalu said...

untuk yang ini,kita boleh gunakan filter... sekiranya ada juga gambar aurat perempuan/lelaki,sekurangnya kita dah mencuba..zaman ni, rasanya merata2 orang mendedahkan aurat.. keluar saja kemana, pasti akan ada.. tentu skali tak boleh mengelak..
untuk kes ini, cuba gunakan filter...
na'uzubillah..

zalizalu said...

satu lagi, saya pernah terbaca, melihat gambar aurat seseorang (ada batasannya) tidak sama hukumnya dengan melihat manusia betul.. saya akan kaji dengan lebih lanjut pasal ini..thanks untuk komen yang amat membina..

nizam omar said...

info yang menarik!meksaih sudi berkongsi..
teruskan usaha..

http://nizamullah.blogspot.com

AngahSayang2314 said...

salam ramadhan 15

singgah sini apa yg penting usaha tangga kejayaan ye...

zalizalu said...

tqvm nizam dan angah.... kalau ada apa2 berita pasal ni, sila2 laa sebarkan yer...:P

caliph shuriken said...

thanks for sharing..
gud info ^^

Danial Ikhwan Jaafar said...

terima kasih saudara atas perkongsian ini. =)

theblabber. said...

salam.
saya dulu pernah memberhentikan seketika iklan nuffnang di blog apabila nuffnang dok iklankan pasal arak. tanak bersubahat.tu citer 2-3 tahun lepas lah.
tapi now, rasanya nuffnang dah ok. depa ada tanya dulu wther kita nak or xnak iklan arak kat blog kita.

anyways, good one!! thanks for sharing :)

zalizalu said...

tu laa.. skang ni dah ad filter.. dorang paham bukan majoriti di asia pasifik nie islam...

kalu boleh elakkan diri dari terjebak dari menda2 haram dan shubhah...
thanks for ur comment caliph shuriken, Danial Ikhwan Jaafar , dan theblabber.

m.i.a said...

minta izin copy entri ya.. bagus untuk pengetahuan umum ni

amira said...

er... pernah gak terfikir pasal benda ni..