as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Friday, September 4, 2009

Kisah Si Pemandu Teksi Ajaib


Assalamualaikum....

Ha, da lama tak bukak blog ni....Ada banyak sebenarnya citer menarik nk citer...Kali ni takde tajuk yang sesuai untuk tulisan ini.. tp takkan laa tak letak tajuk plak kan...jadi terpakse laa jugak letak....haha

Dalam zaman moden ni, duit ni dilihat sebagai nyawa bagi seluruh manusia.. sehinggakan manusia sanggup berbunuhan semata-mata kerana duit..... Kerana duit, maka wujudlah kelas atau tahap profession yang membezakan taraf dan gaji seseorang.. Doktor, jurutera, arkitek,pensyarah antara profession yang dilabel sebagai “kelas atasan” manakala cikgu, kerani, polis, askar pula dikelaskan sebagai kelas sederhana... petani? Peniaga pasar malam? Pemandu taksi? Tentu sekali diaras paling bawah atau dengan ayat yang lebih mudah “low class”.

Dari mana datangnya taraf atau klasifikasi ini? Tentu skali dari pemikiran manusia yang mengejar duit sebagai satu matlamat hidup. Kerana itu, wujudnya skim cepat kaya, MLM, pelaburan internet yang menawarkan pulangan yang berganda. Namun bukan itu yang aku nak huraikan disini. Kerana maklumat tentang perkara tu, terlalu banyak di siber. Apa yang ingin aku tulis disini adalah tentang satu pemikiran atau pendapat bebas seorang rakyat Malaysia tentang duit, pelajaran dan hidup.

Peristiwa ini berlaku pada bulan april yang lepas. Waktu tu, aku nak balik ke shah alam . Dan trus naik bus metro pergi ke pasar seni, tetapi memang ditakdirkan Allah, bus itu hanya bergerak ke plaza idaman. Dalam hatiku ni, da menyumpah2 tanpa berfikir panjang yang setiap perkara ada hikmahnya.

Dalam pada itu, aku terpaksa memngambil cab supaya tidak lewat sampai. Dan disini lah perkara yang paling menarik berlaku pada aku.. aku berkenalan dengan si pemandu taksi tadi... Is namanya...aku mula membuka cerita akan situasi yang aku hadapi td... kami berkenalan ringkas, bertanya nama, berbual dan dia mula menyenangkan aku dengan hal2 akademik aku... aku bercerita panjang tentang kos yang aku amik sekarang... ternyata dia pandai bercakap... aku mula bertanya akan latar belakang beliau... “Abang Is ni skolah agama?” soalan spontan terkaluar dari mulut aku kerana byk jugak ilmu yang dia kongsikan kat aku...haha... tetiba baru aku perasan, muka dia hamper sama macam pak sedara sabit aku... dia hanya gelak besar.. hahaha

Tetiba, dia Tanya aku, nanti bila dah abis blaja, aku nak kijer apa...mesti arr aku jawab aku nak kijer QS... dan masa tu, satu ag soalan bodoh keluar dari mulut aku... “abg Is tak menyesal ker berhenti blaja, jadi pemandu teksi?’’ masa tu baru aku sedar aku tersilap... tapi, beliau ni memang seorang yang tenang... denagn yakin dia jawab “Tak!”. Dalam hati aku, rasa pelik, naper dia begitu yakin...

Beliau terus sambung... dilu, beliau blaja okay jer, tapi sebab malas, beliau stop sampai spm... then kijer ... macam2 kijer beliau buat.. kawin then jadi pemandu teksi.. beliau cakap, beliau sikit pon tak menyesal dengan apa yang beliau buat...

“gaji sikit, tp keluarga bahagia, rezeki halal”.. tu ayat yang aku ingat sampai sekarang... “dulu, mak ayah symarah, kijer camni jer.. tp skang, mereka bangga dengan sy.. anak sihat, bulan2 ada bg kat mereka walau sikit”.. .. aku sambung lagi, “tp kalau abang is blaja tinggi, mesti gaji lagi tinggi” . beliau senyum jerk at aku.. “sekarang ni naper awak belajar?” aku senyap jer.. “sebab duit kan? Jadi naper abang berenti blajar? Sebab duit jugak..bezanya, nilai duit tu... awak dapat duit banyak, saya dapat duit sikit... tp masih lagi untuk perkara yang sama kan?” aku sedikit keliru.. sama ke wang banyak dengan wang sedikit? Beliau sambung lagi “manusia blaja tinggi2 sumer sebab satu matlamat, nak gaji tinggi! Nak duit banyak... orang mcm saya plak kijer jugak, bersusah2 tp dapat jugk duit... tuhan tu maha kaya, pandai Dia atur... Dia bagi rezeki, sesuai dengan kehidupan manusia” panjang lebar dia terang...

“kalu semua manusia kaya, nak hidup mewah, semua nak jadi doctor, arkitek, sapa yang nak jadi pemandu teksi, petani? Sapa yang nak jadi buruh?” banyak btol beliau soal.. ada kebenaranya tp naper beliau jadi pemandu teksi? Satu jawapn yang ringkas dan yakin tetapi mendalam “saya takut saya hanyut dengan duit(kekayaan)... aku terdiam skejap pahtu beliau trus sambung perbualan kami... perbualan selepas itu lebih kearah politik dan rahsia jadi tak perlu laa dimasukkan... satu yang aku suka tentang pemandu teksi, mereka ni banyak tahu rahsia kerajaan.. kira updated arrr...banyak rahsia yang mereka tahu terutamanya pemandu teksi sejitar pwtc...hehe, da banyak aku korek dari mereka...

Dalam masa 20 minit, kami sampai... masa tu, terasa mcm malas nak turun...banyak ilmu aku dapat....Allah itu Maha Bijak.. pandai Dia atur....kami akhiri perbualan kami dengan salam sejurus selepas membayar tambang...

Kemudian, aku terfikir akan kata2 dia tadi....andainya aku hidup senang, banyak duit, hanyut ke aku dengan nikmat sementara tu? Padahal, tu laa perkara yang slalu aku angan kan.... kalu manusia mcm Abg is pun takut dirinya hanyut, aku apath lg.....

Kerana kekayaan, iman masjid Negara pon bleh tersungkur....Allahu Rabbi

*Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Abg Is dengan membawa satu idea/pemikran yang tak baru sebenarnya tp dilupai atau tidak disedari, harap kta berjumpa lagi di lain hari.

No comments: