as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Sunday, May 24, 2009

TUTUP AURAT PERLUKAN ALASAN YANG KUKUH?




*Zalizalu ni pown pesan jugak kat diri sendiri…
Yea laa, pasal selalu jugak pkai suar pendek kat bilik..
Kawan-kawan datang, malu rasanya…
^_^


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramai artis skang ni, bila ditanya "Bila artis A nak bertudung? Takkan la nak pkai camni selalu?" dan biasanya apa yang mereka ni jawab...

"Emmm, insyaallah kalu saya dah tergerak hati nak pkai tudung saya pkai.. Saya taknak pkai kerana terpaksa... Bila hati ni dah ikhlas saya akan pkai laa.."
Banyak laa korang nak ikhlas…

Sama ada kita ikhlas atau tidak, kita wajib menutup aurat.. kita ni hamba-Nya…
Sebagai contoh laa, ada sorang hamba ni, tuannya menyuruh dia memotong kayu…

Tapi kerana hamba tu tak ikhlas, hamba tu cakap kat tuan dia dengan nada yang halus “Tuan, saya akan potong kayu tu nanti, apabila saya ikhlas…”
Boleh ke macam tu??
kalu macam tu laa, takde guna laaa si tuan ni amik dia jadi hamba, beri makan, beri minum…
Bodohkan orang jawab macam tu?

Sama laa keadaannya seperti sesiapa yang guna perkataan ikhlas untuk melakukan suruhan-Nya.. walaupun mereka ni jawab dengan halus, mereka tetap melawan...
Perkataan insyaallah digunakan sebagai kata harapan yang kononnya bila mereka ikhlas, mereka akan buat…
Tapi sampai bila laaa mereka nak ikhlas? Tunggu sampai masuk kubur agaknya baru mereka nak ikhlas…
Agaknya je laaa… Hahaha ^_^

Lagi jawapan yang selalu zalizalu dapat dengar… “Dosa pahala ni Allah yang tentukan, antara manusia dengan Allah”
Memang lah dosa pahala tu urusan Allah tapi kan dah memang terang tak tutup aurat ni satu dosa..
Nak beri jawapan tu pikir2 kan lah…
Mulut tu kawal sikit….nak cakap tu jangan main tembak je..
Nanti dah habis peluru, mati laaaa… *Peluru skang mahal…*

Hah, dan satu lagi alas an yang zalizalu selalu dengar… “Don’t judge the book by their cover, pakai tudung tapi kalu buat maksiat buat apa??? Skang ni pon ramai je yang pkai tudung buat maksiat.. Yang penting hati ni baik…”
Memang betul yang pkai tudung pon ada yang buat maksiat… Tapi, yang tak pkai tudung???
Kalu laa yang tak pkai tudung buat maksiat, dah dua dosa dia dapat.. tak pkai tudung dan buat maksiat…

Lagi pown ramai yang salah paham tentang makna tutup aurat ni…
Tutup aurat tu bukan laa bermaksud pakai tudung, tutup rambut tapi seluruh pemakaian terutamanya pada bahagian badan.. kalau da pkai tudung tapi pkai baju ketat, tetap tak tutup aurat…

Maknanya, kalu pkai tudung, tapi pkai baju ketat, seluar ketat sampai nampak bentuk badan, bukan tutup aurat namanya… Perempuan2 macam ni laaa yang jadi mangsa mata lelaki
Jadi pasni, ingat2lah wahai manusia terutamanya perempuan…
Bukan bermakna lelaki ni baik atau kuat imannya tapi zalizalu lebih khususkan hal ini kepada perempuan... Ingat lah, kita ni hamba je….
Kalau tuan kita da suruh terpaksa atau tidak,ikut je laaa…

*harga peluru tiada kaitan dalam hal ni*
Hahaha ^_^
*************************************************************************************

2 comments:

Ibnu Yusoff said...

Salam..
hadis Nabi S.A.W. yg sohih..

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

*semoga kita sama2 diberikan kekuatan dr Allah SWT utk melaksanakn amar makruf nahi mungkar. Belum terlambat utk kita berubah dan bertaubat selagi hayat masih dikandung bdn.

zalizalu said...

kalau hayat tak dikandung badan???