as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Monday, March 11, 2013

nilai hantaran kahwin anak di tangan siapa?

assalammualaikum...

___________________________________________________

...maka berbincang lah si bapa dan si ibu di ruang tamu.

Ibu: Untung lah kan bang kita, dapat menantu yang senang-senang. Tak lah susah si Rosmih nanti.
Bapa: Alhamdulillah la, rezeki tuhan beri. Dah jodoh mereka.
Ibu: Bukan calang-calang orang tahu menantu kita ni, jurutera Petrunis tu!
Bapa: Harap-harap mampu lah dia jaga anak kita tu.
Ibu: Hurm, agak-agak la berapa la nak letak hantaran yer bang?
Bapa: Sederhana cukup lah. Baru berkat nanti. Tak gitu?
Ibu: Mana boleh main sederhana-sederhana gitu bang. Kena la ada nilai sepadan, anak kita tu dah la lawa, cantik, cute dan sebagaiya. Ramai lagi yang berkenan!
Bapa: Nabi dah pesan, bersederhana dalam hidup. tak payah lah letak mahal-mahal, tahu lah nanti kami bincangkan.
Ibu: (Kami?) ...

****
...maka tibalah rombangan lelaki datang merisik mengikut adat melayu  dan bertawar-tawaran mengenai hantaran

Mereka pun bercerita tentang diri masing-masing, tentang anaknya dan sebagainya. Sampai satu masa, pihak rombongan mula berkias tentang wang hantaran.

Bapa: Kalau ikutkan saya, saya tidak kisah sangat akan hal hantaran. sSederhana tetapi biarlah sepadan dengan bunganya (pengantin perempuan)
Wakil Lelaki: Alhamdulillah. Saya faham. Nabi pun kata "Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.".
Bapa: Kalau macam tu, saudara letakkan satu nilaian, mungkin boleh kita bincangkan.
Wakil Lelaki: Kalau diikutkan dengan keadaan sekarang, kami rasa yang terbaik untuk nilai hantaran ni kira-kira RM3000. Macam mana?
Bapa: Emm, kalau kami letak RM4000 setuju?
Wakil Lelaki: (Pandang ke kiri, kanan melihat ahli keluarga). Setuju, kami setuju!
Bapa: Okey, kalau macam tu kami pun..

Tiba-tiba Ibu mencelah perbincangan tadi.

Ibu: Saya rasa mungkin nilai tu terlalu rendah untuk anak kami. Anak kami ni cantik, menawan tertawan kau memang da bomb!. Ramai yang berkenan. saya ingat kalau RM12345 macam okay bagi saya. Nombor pun cantik. Saya rasa dengan gaji Najub yang tinggi, tak jadi masalah kan.

****
_________________________________________________



Pesan Rasulullah s.a.w.


"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."

"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."

"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."



No comments: