as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Tuesday, October 2, 2012

bagaimana memilih calon vs parti & manifesto

assalammualaikum




Marwa CR IIUM Online
Sempena Re-election yang bakal berlangsung 2hb Oktober ni, saya ingin berkongsi dengan warga IIUM Online, kertas kerja Ust Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang dibentangkan ketika K-Fiqh Siasah tempoh hari. Tajuknya;

BAGAIMANA MEMILIH CALON VS PARTI & MANIFESTO

Kesimpulan di akhir pembentangan;
PARTI & MANIFESTO adalah LEBIH PATUT DIPERTIMBANGKAN berbanding CALON.

Mungkin boleh membantu sahabat-sahabat membuat pilihan sebelum mengundi untuk re-PRK selasa ni:). Ehhhhh, lupa plak UIA takde Pro-A dengan Pro-M. (Ye eh?). Papepun Zassss! (style abang rambut ketak)

1. Situasi ketika PRU
- Suka CALON, tak suka PARTI
- Suka PARTI, tak suka CALON
Bagaimana mahu pilih???

2. Panduan memilih pemimpin
- Al-Qasas:26
- Ciri-ciri pemimpin/merit ; Kuat (kompeten) & amanah

3. Apabila dimaksudkan 'terbaik', bermaksud masih terdapat yang 'baik', cuma tidak sebaik yang 'terbaik'. Masih terdapat cara lain untuk memilih pemimpin , selagi ia dianggap 'baik', 'tidak buruk', 'tidak tergolong dalam larangan' tetapi munasabah mengikut adat dan praktis yang sihat.

4. Terdapat 3 hadis yang menyentuh tentang cara lain memilih pemimpin.
Ringkasan inti pati hadis;
- Hadis 1: Pemimpin yang adil (Hadis Muslim No 1827)
- Hadis 2 : Pemimpin yang memerangi orang kafir dan zalim, menyuruh pengikutnya bertakwa dan berlaku adil (Hadis Muslim No 1841)
- Hadis 3 : Menegakkan solat. mengasihi dan dikasihi rakyat (Hadis Muslim No 1855)

5. Hipotesis realiti di Malaysia
- Parti menentukan hala tuju keputusan calon sebelum dan selepas berkuasa
- Setiap calon terikat dengan dasar dan manifesto parti dalam keputusan yang dibuat.
- Amat jarang calon yang berani melanggar keputusan parti walaupun dalam menegakkan kebenaran
- Calon hanya boleh berfungsi dalam ruang lingkup yang tidak bercanggah dengan parti dan manifesto.
- Kesimpulannya (mengikit konteks hari ini, boleh jadi akan berubah mengikut tempat, masa dan calon);
MENGUNDI CALON BUKAN LAGI ATAS DASAR INDIVIDU tetapi perlu dilakukan dengan merujuk kepada PARTI dan MANIFESTONYA.

6. Pendapat yang rajih
- Setiap calon seolah-olah hilang kebebasan individunya kecuali dalam beberapa perkara.
- Jadi, undi berdasarkan parti dan calon LEBIH PENTING berbanding calon kecuali;
#Kredibiliti calon mengatadi kongkongan parti
#Kedua2 parti mempunyai track record, manifesto dan dasar yang hampir sama. Yang lebih bermoral diutamakan
#Kedua2 parti membawa mudarat lebih dari manfaat. Pilih yang kurang mudarat.

7. Konklusi
-Ketiga2 faktor tersebut perlu dilihat, namun secara umumnya, PARTI & MANIFESTO adalah LEBIH PATUT DIPERTIMBANGKAN berbanding CALON.



dipetik dari muka IIUM Online

No comments: