as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Thursday, October 11, 2012

3 jenis manusia


assalammualaikum


اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ، صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ، غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّيْنَ
Tunjukilah kami Jalan Yang Lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka ; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan (pula) jalan mereka yang sesat. ( Al-Fatihah : 6 – 7 )
Pengajaran Ayat :

Allah SWT membagi manusia dalam surah Al-Fatihah kepada tiga golongan. (1) Golongan Siratal Mustaqim ; (2) Golongan Yang Dimurkai Allah ; (3) Golongan Yang Sesat. Tiga golongan ini tercantum dalam surah pertama dalam Al-Quran dan surah Al-Fatihah pula surah yang sangat penting sehingga ibadat utama yakni solat tidak sah tanpa membacanya. Ini memberi isyarat bahawa pembahagian ini adalah pembahagian yang hakiki. Sila renung uraian ini dengan cermat dan mendalam, sebenarnya anda termasuk ke dalam kelompok yang mana satu ?

Golongan Pertama : ( الصِّرَاطَ المُسْتَقِيْمَ ) : Golongan yang mendapat Jalan Yang Lurus. Inilah permohonan muslim dan muslimat yang paling kerap saban hari, paling kurang 17 kali doa ini diulang-ulang sebab ada 17 rakaat solat yang wajib mereka lakukan setiap hari. Malahan bagi mereka yang banyak melakukan solat sunat, ada yang membaca melebihi 30 kali dalam sehari. Oleh itu, sangatlah tidak wajar jika ada muslim muslimat yang justeru tidak mengetahui apa makna doa yang paling sering diulang-ulang setiap hari ini. Apalagi Siratal-Mustaqim juga nama bagi jambatan yang bakal kita lalui di akhirat nanti. Ini member isyarat, sesiapa yang mendapat Siratal Mustaqim ketika di dunia, nescaya mudah dia melalui titian Siratal Mustaqim di akhirat nanti.

Menurut Mufassirin (Pakar Ilmu Tafsir) : Kekuatan tafsir ada beberapa peringkat. Tafsir yang paling tinggi kuwalitinya adalah jika ayat Al-Quran ditafsirkan oleh ayat Al-Quran yang lain ; Menyusul sesudahnya jika ayat Al-Quran ditafsirkan oleh Hadis-Hadis Nabi SAW ; Menyusul sesudahnya pula jika ayat Al-Quran ditafsirkan oleh Aqwaalus Sahabah yakni pendapat para sahabat. Insya Allah, saya cuba semampunya untuk mengikuti disiplin di atas dalam menafsirkan Tiga Golongan dalam surat Al-Fatihah ini. Wallahul Musta’aan ( Hanya kepada Allah aku memohon pertolongan)

Tafsiran Siratal Mustaqim adalah ayat berikutnya ( صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ) : (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka. Siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang yang telah mendapat mendapat nikmat Allah itu ? Ayat ini diperjelaskan lagi oleh Allah pada ayat 69 dari surah Al-Nisa’ ( وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَالرَّسُوْلَ فَأُلَئِكَ مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيْقًا ) : Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu : Nabi-Nabi, Para Shiddiqin, Para Syuhada’ dan Para Solehin.

Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa ada empat golongan yang sudah mendapat nikmat itu ialah : Para Nabi, Para Shiddiqin, Para Syuhada’ dan Para Solehin. Oleh itu, jika anda benar-benar ikhlas ingin mendapat Jalan Yang Lurus, maka anda tidak ada pilihan lain melainkan mengikuti jejak langkah empat puak tersebut. Yang tentu saja bagi umat akhir zaman, mereka mesti mengikuti Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar Al-Shiddiq, dan Omar, Othman, Ali yang mati syahid kerana dibunuh dalam menjalankan tugas sebagai khalifah Rasulullah serta orang-orang Soleh seperti Imam-Imam Abu Hanifah, Malik, Syafii, Ahmad Ibnu Hanbal dan lain-lain. Demikian penjelasan Allah SWT sendiri tentang golongan yang mendapat Shiratal Mustaqim.

Golongan Kedua : ( المَغْضُوْبُ عَلَيْهِمْ ) : Golongan Yang Dimurkai Allah dan Golongan Ketiga : ( الضَّـــــالِّيْنَ ) : Golongan Yang Sesat. Dua puak ini dijelaskan oleh Nabi SAW. Ketika baginda SAW ditanya ( مَنْ هُمُ المَغْضُوْبُ عَلَيْهِمْ ؟ ) : Siapakah mereka yang dimurkai Allah itu ? Baginda SAW menjawab ( اليَهُوْدُ ) : Yahudi. Ketika ditanya ( وَمْن هُمُ الضَّالُّوْنَ ؟ ( : Siapakah mereka yang sesat ? Nabi menjawab ( النَّصَارَى ) : Nasrani (Kristen). Tafsiran ini diperkuat oleh Abdullah Bin Abbas r.a. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a. ( Lihat Tafsir Ibnu Kathir Jilid I / 32 ).

Ketiga-tiga golongan di atas dibagi atas dua unsur saja iaitu : Ilmu dan Amal. Golongan Shiratal Mustaqim : Mereka sentiasa menambah ilmu dan mengamalkan apa yang mereka ketahui. Itu sebabnya golongan ini sentiasa berkata ( سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ) : Kami mendengar dan kami mentaatinya bila berhadapan dengan firman Allah dan sabda Rasul-Nya. Golongan Yang Dimurkai pula banyak mengetahui kebenaran tetapi enggan mematuhinya, itu sebabnya Yahudi sentiasa berkata ( سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا ) : Kami mendengar dan kami menolaknya. Sedangkan Golongan Ketiga pula Nasrani Kristen banyak beramal tetapi terlalu taassub atau fanatic kepada ulamak mereka. Walaupun tiada hujah yang kuat tetapi mereka tetap mempercayai ajaran ulamak mereka seperti umpamanya konsep Trinity iaitu Tuhan itu tiga tetapi satu.

Menurut pakar Tafsir : Yahudi dimurkai kerana mereka mengetahui kebenaran tetapi enggan mengikutinya, sedangkan Nasrani Kristen pula digolongkan sesat kerana mereka banyak beramal tetapi tidak berasaskan ilmu (jahil). Selanjutnya Mufassirin berkata : Yahudi dimurkai bukan kerana Yahudinya, tetapi kerana sifatnya yakni memiliki ilmu tetapi tidak mahu mengamalkannya, dan Nasrani sesat juga bukan kerana Nasraninya, tetapi kerana sifatnya, yakni banyak beramal tetapi dalam kejahilan. Oleh itu, umat Islam juga layak mendapat murka Allah jika mereka memiliki sifat Yahudi, iaitu banyak ilmu tetapi tidak mengamalkannya, dan umat Islam juga juga layak digolongkan sesat jika mereka memiliki sifat Nasrani, iaitu terlalu ta’assub atau fanatic dengan tuan gurunya seperti fanatiknya Nasrani terhadap ulama mereka.

Shiratal Mustaqim adalah Golongan Yang Mendapat Nikmat Allah, iaitu Para Nabi, Shiddiqin, Syuhada’ dan Solehin. Urusan tertib empat golongan ini disebut dalam Al-Quranj juga ada maksudnya dan memberi isyarat : Golongan Shiratal Mustaqim akan lebih mendahuli panduan Nabi SAW, kemudian Shiddiqin, kemudian Syuhada’ kemudian Solehin, bukan sebaliknya. Jika terdapat umat Islam yang lebih mengutamakan pendapat tuan gurunya atau mazhabnya daripada Sabda Rasulullah SAW maka mereka belum layak mendapat Jalan Yang Lurus. Padahal semua imam mazhab berkata : Jika kamu dapati hadis itu sahih maka itulah mazhabku. Imam Syafii berkata : Jika pendapat aku bercanggah dengan Sabda Rasulullah, maka buanglah pendapat aku ke tembok dan ambillah Sabda Rasulullah. Dan lain-lain.

Untuk mencapai derjat inilah maka Golongan Shiratal Mustaqim sentiasa mencari dan menambah ilmu tentang selok belok agama, kemudian mereka akan melaksanakan apa yang mereka ketahui dalam kehidupan sehari-hari. Ungkapan mereka ( سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ) : Kami mendengar dan kami mentaatinya, juga memberi isyarat bahawa mereka mendahuli ilmu daripada amalan. Dengan banyak mendengar maka akan bertambah ilmu mereka dan dengan mentaatinya, maka itu bermakna mereka mengamalkan apa yang mereka ketahui. Jika sifat dan sikap ini tidak dimiliki oleh seseorang maka mereka mungkin tergolong ke dalam Puak Kedua atau Puak Ketiga , Na’uudzu Billah Min Dzaalik. (Semoga kita dilindungi Allah daripada termasuk kelompok mereka).

Jadi terjemahan keseluruhan doa di atas : Ya Allah, tunjukilah kami ke Jalan Yang Lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat dari kalangan para Nabi, Shiddiqin, Syuhada’ dan Solihin yang sentiasa menambah ilmu pengetahuan agamanya lalu mengamalkannya, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai iaitu Yahudi yang banyak mengetahui kebenaran tetapi enggan mengamalkannya, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat seperi Kristen yang banyak beramal tetapi dalam kejahilan kerana terlalu fanatic kepada pandangan dan pendapat ulama mereka. Doa ini di akhiri dengan ( آمِيْن ) : Kabulkanlah doa kami Ya Allah.

Marilah kita berdoa semoga kita semua termasuk ke dalam Golongan Shiratal Mustaqim. Hanya saja perlu diingat !!!! Berdoa saja tidak cukup. Kita mestilah mengikuti kehendak tafsiran tadi. Tafsiran ini bukan berasaskan akal semata-mata tetapi uraiannya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Silakan share atau sibarkan kepada rakan-rakan semoga mereka juga mendapat manfaat. Wassalam

sumber: |

No comments: