as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Sunday, September 16, 2012

silap kita sebenarnya



Umpama cerita seorang tua dengan barang simpanan di bawah rumah yang saya dapat tulisan Ustaz Pahrol kalau tidak silap. 

Barang terbengkalai, berdebu, hampir rosak kerana hanya disimpan sahaja. Kadang-kadang dan di kebanyakan masa lupa akan kewujudan barang tersebut.

Bila tiba masa kita nak usik, kita nak buang, kita nak kemas, dia mulalah bising, merengek, 'Jangan sentuh barang aku!'.

Begitulah juga Nabi Muhammad SAW.

Apabila kecoh orang hina Nabi kita baru nak demo, nak mengamuk segala bagai. Bersemangat bagai Hang Jebat.

Tapi sunnah entah ke mana. Al-Quran entah ke mana.

Aurat entah ke mana.

Adab entah ke mana.

Islam mu entah ke mana....

Renung-renungkan.

No comments: