as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Sunday, January 23, 2011

MENGAPA RAMAI TIDAK DAFTAR UNTUK MENGUNDI

assalammualaikum.. apa khabar... hari ini aku nak share satu post yang aku baca...
seperti tajuk diatas... petikan ini di ambil dari blog [ bro.haizad ]
--------------------------------------------------------------
Tuesday, January 4, 2011

MENGAPA RAMAI TIDAK DAFTAR UNTUK MENGUNDI
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Memandangkan sekarang ni banyak sangat acara pilihanraya diadakan di Malaysia, maka tak salah agaknya aku nak cerita benda pasal pilihanraya gak. Kebetulan inilah tajuk khutbah Jumaat yang aku dengar minggu lepas. Pelik gak macam mana tajuk ni boleh jadi bahan khutbah Jumaat. Mula-mula rasa lain macam je bila dengar tajuk tu. Tapi aku cuba berfikiran positif bahawa Islam itu luas, merangkumi setiap cara hidup kita termasuk la mengundi semasa pilihanraya.

Antara benda yang aku dapat tangkap dari khutbah itu ialah, wajib bagi seorang Muslim untuk daftar mengundi dan juga mengundi. Yang paling tak boleh blah, bila statement berbunyi begini la lebih kurang, "Sebagai Muslim terutamanya kaum Melayu yang layak, hendaklah daftar dan seterusnya turut serta dalam mengundi. Ini bagi memastikan hak keistimewaan Melayu, yang secara tidak langsungnya hak orang Islam akan sentiasa terbela". Bagi aku tak boleh blah sebab nak jugak 'mention' Melayu. Bukan tak boleh, tapi kena ingat la, Islam bukan eksklusif untuk Melayu sahaja. Kalau ada Cina Muslim dengar, tak ke kecik hati diorang. Lagipun, bila statement bunyi macam tu, aku rasa macam seolah-olah 'bias' ke atas satu-satu parti politik kat Malaysia. Jadi faham-fahamkanlah ye.

Berbalik kepada tajuk, dalam khutbah tu ada lah cakap yang majoriti layak mengundi tapi tidak mendaftarkan diri terdiri daripada kaum Melayu. Lepas tu dok ulang-ulang la pasal membela hak Melayu tu banyak kali. Hahaha! Sebenarnya, yang dok sibuk buat statistik tu, ada tak dia kaji kenapa ramai yang tak daftar untuk mengundi? Tak habis-habis nak salahkan individu-individu yang tak nak daftar ni. Kata diorang ni tak patriotik la, tak ambil berat masa hadapan negara la, pentingkan diri sendiri la dan macam-macam lagi komen negatif.

Cuba kita tengok sendiri sistem yang sedang diamalkan di negara kita sekarang. Adakah ianya menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjadi pengundi yang bersedia untuk menjalankan tanggungjawab? Aku bagi contoh macam amalan-amalan baik seperti membaca ke, bersenam ke. Kalau kita nak bagi orang minat untuk 'involve' dalam satu-satu perkara tu, apa cara yang terbaik? 'For sure' ialah dengan pendedahan awal terhadap perkara tersebut. Jadi, sama la jugak dalam hal nak tarik minat orang jadi pengundi berdaftar. Tapi, cuba tengok amalan sekarang. Maksud aku polisi yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Masa zaman aku jadi penuntut universiti satu ketika dahulu, penglibatan pelajar dalam sebarang aktiviti politik adalah dilarang sama sekali. Alasan yang diberikan adalah supaya pelajar akan dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pelajaran.

Katakanlah seorang pelajar masuk universiti daripada umur 18 tahun. Gedebuk-gedebak belajar dapat ijazah, keluar universiti masa umur 23 tahun katakan. Lepas belajar dah sah nak sibuk-sibuk cari kerja, nak cari bakal isteri, nak sibuk kahwin. Mana la ada masa nak fikir pasal politik lagi dah..haha!! Tak kan la nak 'expect' budak umur 21 tahun, daftar jadi pengundi, lepas tu bila pilihanraya terus nak mengundi. Satu haram jadah apa benda pun tak tau pasal perkembangan politik. Sah-sah lah undi tu jadi sia-sia. Bagi aku, elok dibenarkan saja golongan-golongan pelajar ni melibatkan diri dalam aktiviti politik. 'Just' 'treat' benda tu macam kegiatan luar kelas@ko-kurikulum. Bila dah habis belajar nanti pun, bukannya dunia luar ni berkisar kepada benda-benda yang diorang belajar dalam buku tu. Dunia luar ni lebih daripada apa yang ada dalam buku dan pendedahan dalam dunia politik adalah satu cara menyediakan seseorang itu menjadi seorang rakyat yang sentiasa berfikiran kritis (skemanya ayat..huhu..).

Lagi satu faktor yang mungkin menyebabkan tak ramai berminat jadi pengundi berdaftar ialah senario politik di Malaysia ni sendiri. Kita tengok sendiri la macam mana politik kat Malaysia ni. Aku sendiri dah naik muak dah 'observe'. Masa zaman Anwar Ibrahim mula naik balik dulu, tak silap aku tahun 2008, waktu di mana parti Barisan Nasional gagal menang dengan bergaya dalam Pilihanraya Umum, minat jugak la aku untuk ikuti perkembangan politik Malaysia (masa tu aku baru habis belajar, baru la minat dengan politik). Sekarang dah tahun 2011 pun. Minat aku untuk 'follow' 'trend' politik turut pudar seperti mana pudarnya populariti Anwar Ibrahim. Sebagai pengundi, aku kalau boleh nak mengundi pemerintah yang dapat menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhan, tak kira la agama apa ke, bangsa apa ke, kasta apa ke. Tapi secara keseluruhannya, apa yang aku tengok (pada pandangan aku sahaja), masing-masing dok sibuk jaga kepentingan sendiri sahaja. Masing-masing sibuk nak jadi pemimpin. Kalau zaman dulu-dulu, orang takut nak jadi pemimpin ni, tanggungjawab berat. Silap sikit je, takut nak menjawab di dunia mahupun akhirat. Sekarang lain pulak, makin ramai yang berani nak 'offer' diri jadi pemimpin. Kalau ikutkan memang la baik 'offer' diri nak pimpin orang lain ke arah kebaikan, nampak la ada karisma tu, tapi tengok keadaan la. Kalau dah mabuk sangat dah nak pegang kuasa sampai bergaduh, apa kejadahnya tu!!

Ingat lagi satu 'statement' dari seorang sahabat ni. Ada la satu pemimpin@ahli politik ni, dia cakap, orang-orang yang kerja bawah dia ni mestilah kerja betul-betul. Nanti buat silap sikit, rakyat akan 'complain' katanya. Bila rakyat 'complain', reputasi dia jatuh la, boleh membawa kepada dia akan dilucutkan daripada jawatan yang dipegangnya. Lepas tu siap cakap, susah jadi pemimpin macam dia, tiap-tiap hari kena fikir pasal rakyat. Jadi, sahabat ni cakap la, "Hmm....takde orang pun yang paksa dia jadi pemimpin tu, so buat apa nak mengadu kata susah jadi macam dia. Dah memang tanggungjawab pemimpin untuk fikir pasal rakyatnya". Kan 'best' kalau sahabat tu boleh 'sound' depan-depan dekat pemimpin tu..hahaha!!!!

Jadi sama-samalah kita renungkan perkara ni. Apa-apa pun, ni cuma pendapat aku. Mungkin ada benarnya, dan mungkin juga ada silapnya. Diharap, soal orang tak minat jadi pengundi berdaftar akan berubah dari masa ke semasa. Tapi, untuk isu ni, yang penting kita kena tengok dan kaji dulu mengapa ia berlaku. Jangan senang-senang je nak salahkan segolongan pihak.

-Sekian-
Posted by haizad at Tuesday, January 04, 2011


daftar laa weh.... pru13 da tak lama dah wehhh

5 comments:

duniajam said...

Aku akui mmg ada org yg tak daftar undi sebab bosan dgn senario politik skrg & dia taktau nak undi sapa....

Suka Jam said...

Ada dah daftar jadi pengundi, tapi sampai la tak penah mengundi.. pasal kat tempat aku semua calon menang tanpa bertanding.. cis!!!

Pian Pavregas said...

media massa jugak perlu di blame dalam ini cerita.. hahaha... mengampu kerajaan ja kerja.. smpai berita sukan pun dipolitikkan.. bingai.

zalizalu said...

dj: senang jer, buat istikharah... hehehe...
sj: erk? sj pon tak dapat mengundi laa ek? hahaha... baik sj jadi wakil rakyat jugak... leh bertanding..
pian: media massa sepatutnya bersikap lebih terbuka.. bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap saluran berita di malaysia... nanti bila orang dah muak, negara pon jadi kacau bilau

duniajam said...

Ya betui!