as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Friday, August 27, 2010

Dinar dan Dirham tak bagus untuk kesihatan?

assalammualaikum...
nak update blog lagi.. sekarang ni kecoh pasal isu dinar emas yang dibuat di kelantan tidak sah.. BNM tidak mengesahkan pengunaan wang dinar... perdana menteri najib razak pon tidak setuju dengan pengunaan dinar emas.. kerajaan kelantan juga telah diberi amaran agar menarik balik wang-wang dinar dan dirham mereka.. kenapa sampai begitu sekali pengunaan wang dinar ditentang?

wang dinar berat? wang dinar sukar disahkan keasliannya? wang dinar mudah ditiru? wang dinar TAK BAGUS UNTUK KESIHATAN?
mungkin mereka ini tidak faham lagi dengan pengunaan wang dinar dan dirham ni... marilah kita bersama-sama menonton video dibawah ini..



ini bukan isu politik.. tapi tak salah pon kalau kita lihat dari pandangan politik.. sebab apa? sebab pada pendapat aku, BNM tidak luluskan matawang dinar ni pon kerana kerajaan negeri kelantan yang usulkan.. andai kata kerajaan melaka atau johor yang usulkan, tentu sekali hal ini masih boleh dipertimbangkan...

apa-apa pun, bagi aku, aku sangat bersetuju dengan pengunaan wang ni.. sebab apa? sebab wang ni lebih stabil... harga emas adalah mengikut harga pasaran.. disini jugak aku nak mengutuk kerajaan arab saudi yang sememangnya ben*ap kerana menggunakan matawang dolar yang ternyata merugikan mereka.. akibatnya? tengoklah sendiri currency mereka sekarang...

















kalau dulu, rm50 boleh makan macam-macam, sekarang ni nak makan untuk 2 orang jer...

ok, sambung kepada topik sebenar.. bagi aku, kerajaan patut mengkaji semula akan hal ini.. selain itu, aku sedikit bersetuju, menteri kewangan kita, awang adek juga patut ambil tahu akan hal-hal semasa seperti harga emas pasaran, harga matawang dan sebagainya.. {dah tugas dia, kena laa buat}

kalau diikutkan, wang kertas sekarang sudah merugikan kerajaan kita.. sebab apa? sebabnya:

1) pertama sekali wang ini dicetak dinegara luar kerana faktor-faktor kesalamatan lah kononnya..
2) bila dah cetak diluar negara, maka kos akan meningkat secara langsung untuk kos pengangkutan, kos keselamatan, kos macam2 kos lagi.....
3) harga kapas yang sangat-sangat murah.. err, kat kampung aku, kapas ni orang amik free jer [wang kertas dibuat dari kapas, bukan dari kertas].. sekarang ni ad pulak wang polimer(wang plastik) yang lagi cepat rosak..
4) mudah rosak.. nak huraikan ke?
5) sapa-sapa yang belajar ekonomi, akan tahu akan masalah inflasi(adik aku tak belajar pon tahu) adalah disebabkan harga matawang yang tidak stabil... so, berbeza dengan emas.. emas mempunyai harga pasaran yang makin meningkat.. maksudnya disini, wang kertas rm100 pada masa sekarang tak akan sama nilainya bila 10tahun akan datang.. maknanya, value dia kurang mengikut harga matawang... 1 dinar, akan tetap menjadi 1 dinar dalam negara, dan akan meningkat dalam pasaran luar negara(sekiranya diaplikasi kan dalam malaysia >> fuh skemanya aku)..

dan banyak lagi sebenarnya.. kalau boleh, sila tengok video tadi..


















ni lah wang dinar yang menjadi kontroversi tadi.. mengancam gitu.. tergoda i

dah tengok video tadi? komen sikit... sebarang pertanyaan pasal ini boleh contact aku.. kalau nak tengok koleksi wang aku pon bole.. sila2 jenguk blog aku satu lagi [ismizalizalu]

14 comments:

azim said...

dinar n dirham sgt lawa..
sampai dah nk buat hantaran pn cancell sbb xsmpai ati nk bg kat bakal bini...

tinmirah said...

hmm..ni semua mainan politik.kalau nak seribu daya,tak ndak seribu dalih.

Anonymous said...

:) semoga matawang dinar akan digunakan di Malaysia suatu hari nanti..

XYZ said...

haha lali da tgk adegan diskriminasi cm ni

zalizalu said...

hehe, tq adzim(tahu adzim yg blaja kat mesir tu), tq ciktin, tq ladybird, tq lensa...

tengok je laa nanti camne :P

ZUHANIF said...

heheheh cantik la dinar tu. tahnya nak guna pun cm syg :P

Penulis Rindu said...

dinar memang telah lama digunakan..inilah diakatakan diskriminasi..sbb depa tak pakai Islam punya mata wang

Fatin Sakura said...

saya sokong seratus peratus penggunaan dinar..dirham.. memang rasenye kte patut berubah dri awal lgi...sbab matawang dunia akan jatuh.. sebab asyik berperang jew......jom selamatkan diri dengan guna dinar dan dirham...

zalizalu said...

zuraidah: tape laa cantik.. sayang ckit nak guna.. boleh jimatkan perbelanjaan.. tak gitu?

abu luqman: betol2.. sebab tu sape2 yang nak jadi menteri kewangan kena amik kira hal nie...
(tade niat politik yer datuk awang adek :P)

fatin sakura: pengunaan dinar dan dirham ni memang dah lama dah di cadangkan.. kalu tak silap tahun 1990, tun mahathir ad usurkan hal ni tp tak diguna pakai.. mungkin masa tu tak ramai orang sedar...

*skali lagi, aku bukan nak mengutuk kerajaan sekarang, cuma kena laa fikirkan pandangan2 rakyat biasa..

thanks :P

Atia Adina said...

saya sokong penggunaan Dinar dan dirham..apabila mata wang itu sendiri mempunyai nilai..maka penggunaannya x bleh dihalang..

zalizalu said...

huhu..thanks atia adina...

menjawab persoalan seri:

piawaian asal yg telah ditetapkan oleh amirul mu'minin siyidina umar al-khattab masa baginda jadi khalifah islam kedua:

1 Dinar Emas = 4.25 gram emas 9166
1 Dirham Perak = 2.975 gram perak 999

Takde beza sangat antara Dinar Emas biasa dgn Dinar Emas Kelantan. Beza sikit sahaja iaitu pada timbangan:

Dinar Emas biasa
1/2 Dinar = 2.125 gram emas 9166
1 Dinar = 4.25 gram emas 9166
2 Dinar = 8.500 gram emas 9166

Dinar Emas Yg Dikeluarkan Oleh Kerajaan Kelantan
Suku Dinar = 1.06 gram emas 9166
1/2 Dinar = 2.12 gram emas 9166
1 Dinar = 4.25 gram emas 9166
ad jugak 2, 5 dan 8 dinar...

penentuan nilai denominasi bagi kedua-dua edaran masih sama iaitu tertakluk kepada harga emas pasaran semasa. 1 dinar emas kalau dinilaikan dlm RM zaman ini adalah lebih kurang RM580-RM630 lebih julai 2010 (kalau silap, harap betulkan)
pelaburan Dinar emas adalah mengikut skim qiradh iaitu satu skim pelaburan Islam berlandaskan prinsip al- mudharabah.(aku pon dah masuk)
jangkaan pulangan dlm setahun adalah antara 8%-11%. yg penting mengenai dinar emas ini ialah nilainya stabil dan laku di atas muka bumi nie

* sebahagian fakta adalah dari sumber Koperasi Permodalan Melayu Johor & JAIJ.
sila betulkan apa2 yang salah
*untuk pasal pulangan tu, sila rujuk bank islam, bank mualamalat atau mana-mana bank yg buat urusan nie.

pensel kayu said...

lawak dgq komen Awang Adek pasai ni,mcm org xsekolah cakap

syahas said...

kuat teh jali 2..

zalizalu said...

kuat menda gop pudin?haha