as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Sunday, May 10, 2009

PEREMPUAN, LELAKI DAN…. TEPATI MASA


Assalammualaikum wbt…
Berjumpa lagi kita dalam topic PEREMPUAN, LELAKI DAN …. Pada kali ini zalizalu nak bincangkan satu topic yang mungkin sudah lama menjadi perbincangan namun masih lagi hangat diperkatakan, tepati masa. Ramai berpendapat bahawa perempuan lebih tepati masa berbanding lelaki. Namun masa kini, zaman telah berubah. Adakah perempuan masih lagi sesuai dengan karekter tepati masa?
Jika kita lihat sekarang, sikap lelaki seolah-olah sudah meresap dalam diri wanita. Sehinggakan timbul satu klausa “perempuan sekarang ini sama je dengan lelaki”. Adakah benar dakwaan ini?
Adakah sikap “tidak menepati masa” lelaki, kini sudah sebati dengan perempuan? Untuk itu, zalizalu telah mengatur satu pertemuan bersama beberapa lelaki dan perempuan secara berasingan. Seperti biasa, subjek zalizalu adalah kawan-kawan agak baru dikenali. Jadi agak adil kerana subjek dipilih secara rawak dan pada hari yang berlainan.
Kita teruskan dengan keadaan pertemuan tersebut.

Perempuan
Pertemuan 1
Zalizalu : Salam D. Akak free tak petang ni?
Gadis D : Salam, free je. Kenapa?
Zalizalu : Ingat nak jumpa akak. Nak amik nota dengan awak. Kul 3pm kat wakaf.
Gadis D : Ok, awak tunggu kat sana kul 3pm.
*zalizalu tepat pukul 3pm dan beliau masih lagi tiada.15minit selepas tu, beliau datang dengan muka penat
Zalizalu : Kenapa lewat akak?
Gadis D : Sori, kawan akak guna motor tadi. Lama awak tunggu, sori tau.
Zalizalu : Ok, thanks
Gadis G : My pleasure.

Pertemuan 2
Zalizalu : Salam F. Ko free tak petang ni? Dalam kul 4pm. Aku ingat nak amik note untuk hari ni dengan ko.
Gadis F : Ok, boleh. Kat mana ko nak jumpa?
Zalizalu : Kat kafe boleh? Lgpown aku ada kelas kejap agi.
Gadis F : Ok, boleh, dating cepat skit.
*zalizalu seperti biasa datang tepat tetapi dia masih tiada disana. 4-5 minit kemudian beliau sampai bersama rakan-rakan
Zalizalu : Asal lambat? Kata kul 4pm
Gadis F : 5minit je. Kawan aku ni bersiap lama. Make up
Zalizalu : Ok thanks.
Gadis F : Sama-sama.

Pertemuan 3
Zalizalu : Salam G. Awak gi tak kelas pagi tadi? Saya ingat nak pinjam nota awak yang pagi tadi. Boleh tak?
Gadis G : Salam. Emm boleh. Tapi nak jumpa kat mana? Pukul berapa?
Zalizalu : Kita jumpa kat depan library ok. Kul 3 saya tunggu kat depan library ok.
Gadis G : Ok, depan library tau. Jangan lambat plak.
*zalizalu sampai lebih awal 5 minit untuk merehatkan badan kerana agak jauh dari bilik. 9-10 minit kemudian zalizalu baru melihat kelibat beliau
Zalizalu : Kenapa lambat? Awak lewat 5 minit ni.
Gadis G : Sori-sori, saya makan jap tadi. Maaf yer awak.
Zalizalu : Ok, thanks.
Gadis G : Sama-sama.

Lelaki
Pertemuan 1
Zalizalu : Salam bro.H, saya nak jumpa bro jap kul 4pm nanti. Nak amik briefing untuk assignment yang pagi tadi boleh?
Lelaki H : Boleh, ko ada kat mana? Nak jumpa kat mana?
Zalizalu : Saya tunggu bro kat kedai Photostat ok. Pukul 4pm taw.
Lelaki H : Ok, ko tunggu je aku kat situ kul 4pm.
*tepat kul 4 beliau masih tidak muncul. Dalam 20minit kemudian baru dia muncul.
Zalizalu : Kenapa lambat bro? Kata kul 4pm
Lelaki H : Biasa la, lambat sikit je…
Zalizalu : Ok, thanks.

Pertemuan 2
Zalizalu : Assalamualaikum I, aku nak jumpa ko jap ag bulih tak?? Nak amik notes estimating ngan ko…
Lelaki I : Waalaikummussalam Zalizalu, bulih2…. Bila tu? Kat mana tu? Kat bilik aku boleh??
Zalizalu : Kita jumpa kat kafe la bro… lagipun petang nanti aku ada kelas laaa… kita jumpa kul 1pm arr…
Lelaki I : Ok2, nanti aku datang ok..
*tepat kul 12 beliau dah pun ada disana. Tengah duduk lepak sambil membaca buku..
Zalizalu : Awal datang??
Lelaki I : Nanti kalu datang lewat kan, marah pulak. Lagipun aku tak suka buat orang tunggu.
Zalizalu : Ok, thanks yer..
Lelaki I : my pleasure. Assalamualaikum
Zalizalu : Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Pertemuan 3
Zalizalu : Salam Bro. Apa khabar? Jom kuar nak?
Lelaki J : Salam.. nak kuar kemana tu?
Zalizalu : kita lepak2 kat Danau Kota ke, Mid ke… aku ngah boring nih…
Lelaki J : Ok2, kat mana nak jumpa?
Zalizalu : Kita jumpa kat bus stop Ali. Kul 10 pagi. Nak tak?
Lelaki J : Ok, nanti aku datang....
*tepat kul 10, zalizalu tunggu di bus stop, tp beliau masih tidak kelihatan. Setelah sejam, beliau masih senyap tanpa berita. Hamper 2jam menunggu, zalizalu call beliau dan ternyata beliau masih tidur. Pertemuan hari itu batal

Bagi zalizalu, sukar untuk kita tentukan apakah perempuan atau lelaki yang lebih pentingkan masa. Mungkin kerana responden terlalu kurang. Tetapi daripada apa yang zalizalu kaji daripada pertemuan tadi, dapat zalizalu simpulkan bahawa perempuan masih mementingkan masa berbanding lelaki. Walaupun mereka ini lewat, mereka mempunyai alasan yang kukuh (atau mungkin mereka terpaksa mereka alasan). Make up, makan, teman kawan adalah contoh perkara yang biasa membuatkan mereka lewat atau alasan yang baik untuk mereka membela diri.
Namun, bagi lelaki, lewat itu perkara biasa (mungkin bagi sesetengah orang). Sebagai contoh dalam kes pertama besama Lelaki H, ternyata lewat itu seolah-olah perkara biasa, seolah sudah sebati dengan jiwa lelaki Melayu.dalam kes ke-3 pula, Lelaki J memang kurang cakna akan masa. Sepatutnya beliau perlu “alert” bagi mengelakkan sebarang masalah. Dan bagi Lelaki I, beliau memang menepati masa, sesuai dengan perwatakan alim beliau. Dan memang sukar untuk mencari lelaki seperti ini.
Ada cadangan lain?

******************************************************************************

No comments: