as my followers

sila tekan dua atau tiga kali sehari

Sunday, June 10, 2012

Tanggungan dosa

Tanggungan dosa 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin & dosa anak lelaki yg belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibu/bapanya & sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yg tua manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yg dianugerah oleh Allah S.W.T. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya."

Wanita.. Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung & melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami & bukan isteri. Wanita kurang dlm beribadat krn masalah haid & nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yg mahal harganya akan dijaga & dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok & selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah2 kan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tapi lelaki wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tapi harta itu menjadi milik peribadinya & tak perlu diserahkan kpd suaminya manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri & anak2.

Wanita perlu bersusah payah mengandung & melahirkan anak tapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH S.W.T di mukabumi ini & matinya jika krn melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorg lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya & saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya & saudara lelakinya.

Seorg wanita bleh memasuki pintu Syurga melalui mana2 pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya & menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH S.W.T pada wanita

Seorg wanita adalah pelengkap & sememangnya istimewa disisi seorg lelaki tapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin maka dgn keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik2nya supaya kelak masing2 lelaki & wanita dapat pulang mengadap Allah S.W.T dlm keadaan istimewa disisiNYA.

sumber, iluvislam.

No comments: