pada hari ini, ingin aku bercerita tentang apakah tujuan nasyid, dan impaknya kepada masyarakat.. apakah nasyid ini sekadar untuk berhibur? jikalau untuk berdakwah, berkesankah berdakwah melalui nasyid ni? apa-apa pun, ini hanyalah pendapat aku melalui penglihatan, pendengaran, pemerhatian, dan pembacaan aku..
Raihan dan Maher Zain antara dua artis yang mencetuskan fenomena nasyid di malaysia
industri muzik nasyid sekarang ni seolah-olah meletup kembali di malaysia... tak keterlaluan kiranya aku katakan in adalah kesan atau impak dari penyanyi nasyid antarabangsa terkenal, Maher Zain.. alunan muzik yang begitu sempoi(pada pendapat aku) dengan suara yang merdu menjadikan beliau meletup dan begitu dikenali.. lagu-lagu beliau seringkali berkumandang di radio tempatan.. sebelum ini muzik nasyid di malaysia lebih dipelopori oleh Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-team etc..
Rabbani dan Mirwana antara kumpulan yang membawa irama baru dalam industri nasyid
tapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tujuan sebenar nasyid.. bagi aku, nasyid adalah salah satu cara untuk berhibur... berdakwah? mungkin, tapi kuasa berhibur itu lebih kuat berbanding berdakwah.. kenapa aku berkata begitu? sebelum ini (zaman dulu-dulu) nasyid tidaklah terlalu berirama, mungkin hanya dengan paluan kompang dan mungkin 1 atau 2 alatan muzik tradisional lain tetapi sekarang, bagi aku, nasyid ini begitu "canggih" sehingga isi dakwah yang hendak disampaikan itu kurang jelas... tak percaya? tanya generasi sekarang, apa maksud intifada' (nyanyian Rabbani).. mereka tahu, mungkin hafal lagu tersebut berserta ritma, irama dan liriknya.. namun maksudnya?
kompang dan gambus antara alatan muzik tradisional bagi nasyid
selain itu, industri nasyid kita penuh dengan lambakan lagu-lagu nasyid cinta.. aku memang tak dengar sangat lagu-lagu seperti ini.. aku tak begitu faham apa tujuan sebenar lagu-lagu nasyid cinta ini... lebih-lebih lagi jika cinta itu ditujukan kepada manusia bergelar awek/pakwe/kekasih.. nak muntah aku dengar.. haha... sekali lagi, ini hanya pendapat aku.. kalau ada yang tidak bersetuju, tidak mengapa..
In-team dan Unic antara kumpulan nasyid yang membawa lagu-lagu cinta
jadi bagi aku, nasyid ini salah satu muzik untuk berhibur (pada zaman sekarang).. kesan dakwahnya sangatlah kurang... aku rasa ini mungkin terjadi kerana muzik atau irama itu mengatasi liriknya... pengunaan pelbagai instrumen telah menjadikan liriknya tengelam seterusnya mengurangkan kesan dakwah.. penyelesaiannya? kurangkan alunan muzik yang terlalu mengasyikkan... satu lagi, betulkan niat anda sekiranya ingin bernasyid... bernasyid bukan untuk menjadi terkenal dan mengaut keuntungan semata-mata~~...
kesimpulan aku: nasyid:berhibur, berhibur dan berhibur sambil berdakwah
10 comments:
Bagi aku nasyid ni elok untuk naikkan semangat perang, ingat mati, ingat jasa ibu bapa. BUKANNYA dengan alunan merdu suara dan lirik2 berunsur cinta melampau tu...
At the end orang minat nasyid bukan kerana ingat mati, ingat agama..tapi ingat rupa yang hensem dan suara dan melodi yang merdu...
haah, terlupa plak pasal faktor kehenseman... salah satu sebab mengapa peminat nasyid adalah dikalangan wanita.. huhu.. thanks hady83
salam ziarah..dlm nsyid ade dkwah dan hiburan..kenapa nasyid?sebab manusia sekarang suke kan hiburan..mmg ade percintaan..tp msh tetap menasihatii..=)..
hehe.. thanks al hakim.. kekeke :)
sabahal khair
ada perbezaan anshid puak2 dunia dgn nashid cari makan, awas!
AWAS DEB KEMBALI
betul tu zali, nasyid di malaysia more kepada cinta.. terutama sekali kumpulan inteam.. cinta je memanjang.. memuji wanita.. lps tu video klip die mcm menggalakan percintaan lak.. huhuhuhu..
new hope :) betul tu...
kak lady :) betul jugak.. video clips pon cam pelik jer... huhu...
salam
BN barang naik
klik sini: anti ameno
Salam Reformasi,
Reformasi, reformasi, reformasi
PENGANGURAN DAN PEKERJA ASING
walaupun kesan nya kurang dlam dakwah tp nasyid boleh ingatkan org baik jd lebih baik dgan ada lagu2 mcm ni...lgu2 raihan mudah ingt, berkesan lah tue :)
Post a Comment